Sesudah Wana mahu masuk ke pintu wad Rawatan Rapi. Dia terdengar bunyi suara wanita menangis.
Dia berlari dan ternampak ibu kepada Hana sedang menangis. "Apa yang sedih sangat ni ya Allah. Tolong lah jangan ada yang lebih teruk terjadi." doa Wana dalam hati.
Dia pun masuk ke dalam bilik tersebut. "Ha..Hana." suara sayu Wana memanggil Hana. Tangan Hana dipegang tetapi sejuk.
Mesin menunjukkan bahawa jantung Hana sudah berhenti berdegup, tiada denyutan nadi dan doktor sudah memutaskan bahawa Hana sudah meninggal dunia.
"Ha..Ha..Hana~" panggil Wana dengan suara yang perlahan sambil menitiskan air mata. "Maaf cik. Arwah meninggal 5 minit sebelum cik sampai." kata jururawat di situ.
"Wana, kenapa kau lambat 5 minit. Kalau kau cepat, mesti kau boleh jumpa Hana untuk waktu 5 minit yang terakhir." monolog Wana dalam hati.
Tangisan Wana menjadi lebih deras bagai air sungai yang tidak berhenti mengalir. Ibu kepada Hana iaitu Puan Sofiah, memeluk Wana.
"Wana bersabar juga ya. Allah lebih menyayangi Hana dari kita. Kita doa banyak-banyak." kata Puan Sofiah.
"Wana & kawan-kawan yang lain, doa-doakan Hana supaya ditempatkan dengan orang yang beriman ye." kata Puan Sofiah.
"Makcik, kawan-kawan yang lain juga sudah meninggalkan Wana." kata Wana dengan suara yang sayu dan memandang lantai hospital.
Puan Soafiah dan suaminya hanya terdiam.
Syahmi pula, baru sahaja sampai. Dia ternampak Wana sedang menangis, manakala Hana sedang terbaring kaku di atas katil hospital dengan badannya ditutup dengan kain putih.
**Time Skip**
Syahmi menemankan Wana pulang. Mereka tidak bercakap walau sepatah perkataan pun. Baru Syahmi tahu, dimana Butterflies menghilang dalam dua minggu ini.
Kini Butterflies hanya mempunyai satu sayap sahaja dan sayap itu tidak boleh terbang bersama yang lain.
Wana balik ke rumah dengan keadaan yang sangat tidak terurus. Puan Rogayah melihat anak perempuannya. Encik Wan juga berada di situ.
"Wana pergi mana? " tanya Puan Rogayah. Wana tidak menjawab. Syahmi telah pulang, kalau tidak, Puan Rogayah boleh bertanya kepada Syahmi.
"Wana, tadi masa Wana nak keluar dari rumah. Wana cakap Butterflies. Adakah Wana maksudkan.." belum sempat Puan Rogayah mahu menghabiskan kata-kata. Wana sudah menyambungnya.
"Hana, Nana & Izzati. Mereka hilang dan tidak pulang. Ibu bapa mereka juga risau sehingga ada yang sanggup berpindah. Ibu bapa Hana pula tidak pergi jauh dari hospital kerana mengharapkan anak mereka terjaga dari koma. Wana pula habiskan masa dengan lupa ingatan." kata Wana sambil menahan tangisan.
"Wana dah ingat balik ke semuanya? tapi macam mana?" tanya Puan Rogayah. "Umi buang semua ke barang-barang kenangan Wana dengan Butterflies?" tanya Wana.
Puan Rogayah terdiam. "Wana dapat semula ingatan selepas ternampak polaroid yang umi tertinggal untuk buang." kata Wana.
Share this novel