Mereka dikerjakan ke hospital, mereka dimasukkan ke bilik bedah. Ibu bapa mereka berdua pun tiba dengan hati yang pilu mengenangkan nasib anak-anak gadis mereka.
Beberapa jam kemudian, pembedahan itu telah berjaya dilaksanakan. Pembedahan yang dilakukan ke atas Hana, memerlukan tiga orang pakar kerana kecedaraannya terlalu serius. Dia juga koma dan dimasukkan ke dalam wad unit rawatan rapi bersama dengan Wana.
Wana pula, pembedahannya berjaya tetapi dia berpotensi tinggi untuk mendapat penyakit amnesia kerana kesan daripada kecederaan di kepalanya.
Mata Wana mula terbuka sikit. Ibu bapanya memeluknya dan mengusap rambut anak perempuan mereka. Tetapi seperti yang telah dijangka, ingatannya telah hilang.
Ia mengambil masa untuk memulihkan diri Wana dan ia juga bergantung kepada sistem badannya dan rawatan yang diterimanya.
Walau bagaimana pun, Hana tetap tidak menyedarkan diri dari koma. Tiada sebarang tindak balas dari ubat yang telah diberi oleh jururawat tadi. Mereka hanya mampu menunggu dan berdoa sahaja.
Share this novel