Wana pun pulang. Ibu bapa Wana tiada di rumah, dia pun ambil keputusan untuk tidur sekejap kerana letih.
Wana bermimpi tentang 3 orang gadis tadi dan dirinya. Ia seperti mimpi dari ingatannya. Setiap kali dia bermimpi seperti itu. Dia akan menangis dan air matanya akan mengalir.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Sudah dua minggu tetapi ingatan Wana tetap tidak berubah. Dia tetap tidak dapat mengingati siapa-siapa.
Wana bersiap untuk pergi ke perpustakaan bersama Syahmi. Syahmi akan datang ke rumahnya dalam beberapa minit lagi, oleh itu dia cepat-cepat bersiap.
Dia ternampak polaroid bersama dengan rantai Butterfly (rantai kumpulan mereka). Wana mengambil sekeping polaroid itu.
"Ini lah orang yang aku selalu nampak dalam mimpi dan bayangan aku. Ni aku dan siapa 3 orang lagi." kata Wana sambil menangis. Tiba-tiba dia sakit kepala.
Wana pun baring sekejap lalu tertidur. Dalam mimpi Wana dia ternampak Hana, Nana dan Izzati.
"Nana! Hana! Izzati! Apa yang korang buat tu! Pakai baju putih tak cakap kat aku!" kata Wana. Mereka hanya senyum ke arah dia.
Wana ternampak Hana memegang kunci dan Nana memegang rose putih, manakala Izzati memegang reben hijau. Iaitu tanda yang mereka memaafkan seseorang itu.
Mereka pun makin lama makin pudar dari penglihatan Wana. "Mana korang nak pergi!" jerit Wana sambil menangis. "Butterflies! BUTTERFLIES! BUTTERFLIES!" jerit Wana sambil menangis.
Cukup tiga kali dia menjerit "Butterflies", dia pun terjaga. Air matanya lebih banyak dari biasa. Ingatannya telah kembali.
Syahmi pula menunggu di luar. "Syahmi tunggu Wana ke? kejap lagi Wana keluar." kata Puan Rogayah. "Eh takpe makcik. Saya tunggu sebab kalau lambat dia kena belanja cendol." kata Syahmi dengan muka yang tak malu.
Wana keluar dari rumah dengan tergesa-gesa dengan air mata yang mengalir di pipi dan mata yang berkaca.
"Nak pergi mana tu?" tanya Puan Rogayah. "BUTTERFLIES!" jeri Wana dengan nada suara yang sebak dan tangisan yang mengalir di matanya.
"Syahmi, tolong ikut Wana. Nanti makcik berlanja cendol lagi sedap." kata Puan Rogayah.
"Okay makcik! deal!" kata Syahmi sambil senyum.
Share this novel