Wana pergi ke kawasan yang dia dan Butterflies dikurung dan diseksa. Syahmi hanya ikut nya.
Tiba-tiba Syahmi terjatuh. "Aduh!" jerit Syahmi. "Kau okay ke?" tanya Wana. Syahmi mengatakan "ye" sambil memegang kakinya.
Wana pula ternampak sesuatu yang seperti dia pernah nampak. "Ni jam Nana! mesti Izzati ada berdekatan juga." kata Wana.
Dia mengorek tanah itu dan terjumpa mayat Nana dan Izzati. Sungguh pedih rasanya, dia melihat perkara itu. Syahmi pula terkejut dan tidak tahu untuk berkata apa-apa. Lidahnya kelu.
Syahmi pun menelefon polis. Wana pula hanya duduk diam di tepi mayat Nana & Izzati. "Maafkan aku! aku tak sempat selamatkan korang. Aku kawan yang teruk." kata Wana dalam hati.
Polis pun datang, mereka pun menyiasat. Syahmi memberikan keterangan yang lebih lanjut tetapi Wana hanya terduduk diam.
Tiba-tiba telefonnya berdering.
Wana: Hello?
Hospital: Ni cik Wana ke?
Wana: Ye saya.
Hospital: Pesakit yang dibawa ke hospital bersama dengan cik itu hari, bernama Hana Binti Ahir.
Wana: Ye.
Hospital: Dia sudah menyedarkan diri dari koma. Keluarganya mahu cik untuk datang ke sini.
Wana: Y..y..ye, saya datang.
Wana pun pantas pergi ke arah Syahmi. "Syahmi! aku nak pergi hospital jap. Hana dah sedar!" kata Wana lalu gadis itu berlari sepantas yang boleh untuk pergi ke hospital.
Syahmi juga turut mengikutnya kerana takut terjadi apa-apa kepada Wana.
Wana sampai di hospital. Dia menggunakan tangga kerana baginya, tangga lebih cepat dan di dalam fikirannya, dia hanya memikirkan Hana sahaja.
Share this novel