Wana bangun setelah tersedar dari pengsan. Dia dapati yang mereka berempat duduk di dalam bilik seperti projek bangunan yang sudah lama terbengkalai.
"Weh hampa okay ke?" tanya Wana sambil mengejutkan kawan-kawannya. "Aduh... sakit gila kepala aku." kata Hana.
Wana melihat pada jam tangannya, jam menunjukkan bahawa sekarang pukul 7:30 p.m.
ibu bapa mereka juga risau dan mahu membuat laporan polis tetapi tidak boleh kerana belum cukup 24 jam.
"Okay! kita kena cari jalan keluar dan lari dari sini. Kalau tak kita takkan boleh hidup dah." kata Wana.
Orang itu pun masuk ke dalam bilik tersebut. "Korang ni.. ish..ish..ish.. nak lari ye." kata orang yang memakai topeng tersebut..
Mereka semua ditarik dan diletakkan di dalam bilik yang berasingan. Nana cuba melawan, oleh itu dia yang kena lebih teruk. Wana terdengar tangisan dan jeritan daripada seksaan yanh dikenakan kepada kawan-kawannya.
"Boss time untuk rehat. Jom relax dulu, diorang takkan kemana-mana, lebih-lebih lagi yang pakai jam biru dengan pink tu, sebab kita kan dah cucuk kaki diorang dengan kaca." kata salah seorang penjenayah tersebut.
Wana yang terdengar ayat itu pun mengalir air mata. "Ya Allah, kejamnya setan-setan ni." kata Wana sambil memikirkan nasib mereka jika terus berada di situ. Dia pun mengambil keputusan untuk membawa kawan-kawannya keluar dari tempat ini.
Dia keluarkan tingkap kaca dari bingkainya secara perlahan-lahan dah keluar ikut tingkap tersebut. Dia pun pergi ke bilik yang terdapat Hana.
Memang kejam sungguh mereka. Kaki Hana memang betul dicucuk dengan kaca tetapi Hana mampu untuk berdiri dan berjalan lagi.
"Dapatkan Izzati dengan Nana. Kita kena cepat." kata Wana. Mereka pun pergi ke bilik kawan-kawan mereka.
Hana dapati Nana di ikat dengan rantai besi dan kakinya juga dicucuk dengan kaca-kaca yang tajam, lebih teruk dari Hana.
Wana pula dapati, telinga Izzati di cucuk dengan skru, manakala tangan dan kaki Izzati di letakkan paku payung. Bukan satu tetapi banyak.
Izzati dan Nana tidak bermaya untuk lari, mahupun bangun. Tiba-tiba salah seorang pekerja tadi ternampak mereka berdua.
Wana memegang tangan Hana dan berlari dari situ selaju yang mungkin. Wana hanya memikirkan bagaimana Nana & Izzati dapat menyelamatkan diri dengan keadaan yang lemah sebegitu rupa.
Rasa bersalah menyelubungi dirinya kerana tidak sempat menyelamatkan Nana & Izzati. Takdir hanya membenarkan dia menyelamatkan Hana tetapi tenaga Hana juga sudah semakin berkurang dengan kakinya yang cedera.
Wana pun melintasi jalan raya dan dia ternampak kedai-kedai di hujung kawasan itu. Dia mahu pergi, jadi dia ingin menarik tangan Hana tetapi apabila ditoleh ke tepi, Hana tiada bersamanya.
Apabila dia berpusing ke belakang. Dia dapati Hana sedang terduduk di jalan raya. Hana nampak begitu penat dan tidak dapat memaksa dirinya untuk terus berjalan atau berlari.
"Aku tak boleh tinggal kawan aku lagi. Tak boleh hilang kawan aku lagi." kata Wana dalam hati. Lalu dia berpatah balik untuk membantu Hana tetapi dia ternampak orang yang menculik mereka tu sedang berlari ke arah mereka.
Wana pun cepat pergi ke arah Hana. Hana pun menjerit "Selamatkan diri hang dulu! Weh! Buka locker kelab aku!" jerit Hana.
Tiba-tiba ada sebuah lori yang dibawa dengan laju melanggar Hana. Wana ternampak seorang lagi kawan baiknya diperlakukan dengan cara yang sungguh kejam. Lori tadi tidak berhenti untuk membantu mereka, malah dia terus membawa lori itu pergi jauh dari tempat itu.
Orang yang mengejar mereka juga berpatah semula ke tempat tadi dan meninggalkan mereka seorang diri.
Wana melihat kawan baiknya itu berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Dia cuba untuk pergi ke arah Hana. Tiba-tiba ada kereta terlanggarnya.
Dia terbaring sambil matanya melihat Hana. Orang yang membawa kereta itu pun turun dan menelefon ambulan.
Share this novel