Wana pun pergi ke sekolah dan Puan Rogayah mengambil kesempatan itu untuk mengambil semua barang-barang kenangan Wana bersama Butterflies.
Wana duduk di tempatnya di dalam kelas. Orang lain hanya memandang Wana yang duduk keseorangan, tiba-tiba geng Hellboy datang.
"Aik! duk sorang ka?! mana geng kau Wana. Geng Butterflies kau! Ke diorang dah terbang ke langit dulu." kata Ikha sambil tergelak jahat. Ketawa itu diikuti oleh Nisah dan Najla.
"Hmm tu lah. Kau ni memang kawan yang tak guna." kata Nisah sambil membaling kotak pencil Wana ke lantai.
"Ya! Setan! apa yang korang buat ni. Aku ingat bulan puasa dah lepas, korang jadi baik. Rupanya lagi nak kena ikat." kata Syahmi.
Mereka bertiga pun pergi. "Weh, Aku sorry tau! Aku tak dapat ikut plan kita untuk yang projek sejarah tu." kata Syahmi. "Aik! Sapa hang ni." kata Wana.
"Hang tak ingat muka aku ke?" tanya Syahmi. Wana menggelengkan kepala. "Lah muka yang macam Korea yang hampa suka tu. Takkan hang tak ingat. BTA ke BTD ke?" kata Syahmi.
"Ape benda tu?" tanya Wana. "Haa.. BTS!" kata Syahmi. "Apa tu? Bas Tak Sekolah ke?" tanya Wana. "Huishh, gila! pandai buat lawak sekarang." kata Syahmi.
Cikgu mereka pun masuk iaitu Puan Rose. "Semua dengar sini. Cikgu baru dapat info dari family Wana. Wana sekarang ni tengah hilang ingatan, jadi cikgu nak kamu help dia sikit-sikit dan cikgu nak pilih sapa yang patut jaga dia untuk seminggu ni. Maksud cikgu, untuk temankan dia memandangkan cikgu tak dapat apa-apa info pasal kawan-kawan dia yang lain jadi cikgu nak pilih lah siapa-siapa." kata cikgu.
Najla pun angkat tangan. "Saya tahu! Apa kata suruh Syahmi je, sebab Syahmi ni sebok sangat, pagi-pagi pergi tempat Wana pastu sembang-sembang dengan Wana." kata Najla.
"Kamu kenapa? Jealous ke?" tanya cikgu. Orang lain pun ketawa. "Kamu ye Syahmi. Cikgu pilih kamu." kata cikgu. Syahmi hanya angguk sahaja.
Semasa mereka bising-bising tadi, Wana hanya duduk diam. Dia berasa seperti ada sesuatu yang bermain di dalam fikirannya.
Share this novel