BAB 3

Romance Completed 898

Setahu dia, dia tidak pernah memberi nombor telefonnya kepada sesiapa kecuali pada yang kenal. Serta-merta, dia memandang suspek utamanya. Dina!

“Bukan aku! Bukan aku!” Dina mengangkat kedua belah tangan membela diri.

“Dina...” Beverly mengecilkan mata memandang tepat ke wajah Dina.

“Dia yang ceroboh telefon aku, aku kata jangan tapi dia tak peduli.” Akhirnya kebenaran terbongkar.

Beverly bungkam. Mahu marah Dina juga tidak guna. Nasi sudah menjadi bubur. Habislah hidupnya nanti dikacau Sufyan. Mesej tadi tidak dibalas, malah dia hapuskan.

Lelaki itu tidak faham bahasa ke. Kalau orang sudah tak layan, maknanya tidak mahulah. Lagipun Beverly langsung tidak tertarik kepada lelaki ini. Mungkin lelaki idaman gadis lain tetapi bukan dia. Dina pula, pandai-pandai saja layan lelaki gila ini. Geram Beverly dibuatnya.

RUPANYA mesej itu tidak berhenti di situ. Beverly mendapat mesej demi mesej daripada Sufyan. Dia bukannya hendak melayan tetapi sekadar ingin mengingatkan lelaki itu bahawa dia tidak berminat.

Dina tidak habis-habis mengusik Beverly mengatakan bahawa Malique sudah berjaya memikat hatinya. Hakikatnya tidak. Dia tidak terjatuh hati kepada lelaki ini walaupun seinci. Dari pertama kali dia mendapat surat dan bertemu dengan Sufyan, dia dapat merasakan bahawa Malique tidak ikhlas. Dia hanya sekadar ingin berfoya-foya.

Mungkin kepada Sufyan, ada peluang cerah untuk Beverly jatuh cinta dengannya. Salah Sufyan, engkau salah! Bagaimana dia hendak hindar dari Sufyan? Beverly berlalu balik ke kelasnya.

Di luar kelas, Dina, Adi dan Haizad sedang berborak dengan seorang lelaki yang Beverly sendiri tidak kenal. Apabila dia mendekati mereka, semua orang berpaling, termasuk lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience