BAB 2

Romance Completed 898

Beverly , nama saja pelajar kolej tetapi dia hanya kenal rakan sekelasnya saja. Luar daripada lingkungan kelasnya, dia langsung tidak kenal.

Kadang-kadang, dia jadi pelik bagaimana orang-orang ini boleh kenal dengan dia sedangkan dia langsung tidak kenal dengan mereka. Baru saja dia mahu buka pintu keretanya, dia didatangi seseorang. Lelaki.

“Hi!” sapa lelaki itu.

Melihat Beverly diam, lelaki itu bersuara.

“I, Sufyan, yang kirim salam dan kirim surat tu.” Dia menjelaskan siapa dirinya sambil tersenyum. Kening Beverly terangkat.

Kemudian Beverly tersenyum dan meloloskan diri ke dalam kereta. Tiada jawapan, tiada sapaan untuk Malique yang beria-ia ingin berkenalan.

Katakanlah dia sombong atau apa tetapi dia langsung tidak kenal dengan lelaki itu. Justeru mengapa dia harus berkenalan dengan Sufyan? Berikan dia sepuluh alasan, baru dia akan pertimbangkan.

Malique terngaga. Pergi macam tu saja? Tiada hi, tiada bye? Sawan ke apa minah ni? Dia buat tak kenal dengan lelaki yang bernama Sufyan, biar betul? Tidak mengapa, esok hari masih ada. Tunggu dan lihat Beverly , you akan jatuh cinta pada I.

KEESOKKAN paginya di kolej, Dina kecoh sedunia gara-gara Beverly buat tidak endah kepada Sufyan. Sudah sememangnya dia tidak kenal, mahu apa lagi?

Dina terlongo mendengar jawapan Beverly . Beverly tidak kenal dengan Sufyan? Lelaki paling popular yang menjadi idaman ramai di kampus! Kalau ditanya Dina, sudah pasti dia mahu tetapi Malique yang tidak mahu. Cerewet benar si Malique ni!

Hi, I nak ajak you makan tengahari. Jom? - Sufyan

Beverly terbeliak melihat mesej yang baru diterima. Ini kerja gila namanya! Dari mana Malique dapat nombor telefonnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience