BAB 6

Romance Completed 898

Beverly yang berdiri di tengah-tengah jadi bingung. Hazeem memanggil Malique abang? Akhirnya apabila dijelaskan, Malique adalah abang kepada Hazeem dan Hazeem pula adik. Mulanya Malique ragu-ragu untuk percaya yang adiknya dan Beverly sedang bercinta tetapi lakonan Hazeem amat berkesan. Sudahnya, Malique menggigit jari. Dia melepas.

“BOLEH tak saya tarik balik kontrak kita?” Beverly menanya takut-takut.

Hazeem membalas dengan gelengan. Termasuk hari ini, sudah dua puluh hari dia menjadi driver Hazeem . Mengenali Hazeem dengan lebih rapat membuatkan Beverly lebih takut kerana dia seakan-seakan sudah jatuh hati kepada lelaki ini. Hazeem seorang yang kuat berjenaka dan pandai mengambil hatinya. Bagai langit dan bumi dengan Sufyan.

Semakin hari dia mengenal Hazeem , semakin hari dia kagum dengan sikap Hazeem . Lelaki ini menghormati keputusannya jika dia mengata tidak kepada sesuatu. Tidak memaksa dan tidak mendesak seperti Sufyan.

Hazeem mengetap bibir. Dia bukannya saja-saja menetapkan syarat tersebut. Semuanya bermakna. Sebenarnya dia sudah lama memerhatikan Beverly cuma belum memberanikan diri untuk berkenalan.

Alang-alang Beverly menyatakan hasrat ingin menjadi teman lelaki sewa, dia terus bersetuju. Dia yakin dia dapat memperolehi hati Beverly dalam sebulan.

“Dah bersedia untuk jadi tunang saya?” soal Hazeem ketika mereka berada di restoran makan.

“Awak jangan nak perasan. Ini semua kontrak,” Beverly cuba menafikan hakikat.

“Orang yang menipu selalunya tak berani bertentangan mata...” Hazeem mengusik.

Beverly menyahut cabaran Hazeem untuk memadang wajahnya. Namun dia kalah. Dia tertawa melihat wajah poyo Hazeem .

“Tak payah tunang ya? Kahwin terus.” Hazeem tersengih nakal.

Hazeem , engkau hanya memberikan sedikit masa untuk jatuh cinta. Sesungguhnya kuasa cinta engkau terlalu magis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience