BAB 5

Romance Completed 898

Beverly tidak boleh putus asa. Dia sendiri pelik bagaimana dia boleh cepat mesra dengan Hazeem walaupun pada hakikatnya dia baru berkenalan dengan Hazeem . Hazeem harus bantu dia!

Bermacam-macam dia mencuba menyogok Hazeem , belanja makanlah, cucikan bajulah, angkat buku dan beglah, isi minyak untuk sehari. Semuanya tidak berkesan. Hazeem ni mengada-ngada betul!

“Hello Cik Beverly , awak ingat senang-senang saya nak sewakan diri saya? Awak nak sewa saya, sayalah tetapkan syaratnya.” Hazeem bersuara setelah penat menggeleng ke semua cadangan Beverly .

“Okey, apa dia?”

“Senang aje. Syarat saya cuma satu. Awak jadi driver saya untuk ke mana saya nak pergi selama sebulan dan kalau awak jatuh cinta dengan saya, awak jadi tunang saya. Kalau tak, saya anggap ini kontrak dan saya akan bayar ganti rugi awak. Macam mana?” Hazeem tersenyum senang selepas meletakkan syaratnya.

Terbeliak mata Beverly mendengar syarat Hazeem . Berat tu! Kasihan dirinya. Namun tidak mengapa, ini semua Malique punya pasal. Akhirnya, dia setuju kerana dia yakin dia tidak akan jatuh cinta kepada Hazeem sesenang itu.

KEBETULAN, Malique pula berada di kawasan itu. Dia mendekati Beverly ingin mengajak keluar menonton wayang. Beverly memijak kaki Hazeem dengan isyarat menyuruh dia menjadi teman lelaki palsunya . Lembab betul Hazeem ini. Dengan cepat Hazeem berdiri. Namun, giliran Hazeem dan Malique pula terperanjat melihat sesama sendiri.

“Kenalkan teman lelaki I, Hazeem .” Beverly mengenalkan Hazeem . Untung dia tidak menyebut teman lelaki sewa. Nahas dia nanti!

“Hazeem ?”

“Abang?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience