BAB 4

Romance Completed 898

Beverly diperkenalkan dengan lelaki yang bernama Hazeem itu. Menurut mereka, Hazeem adalah senior mereka. Beverly hanya tersenyum. Lelaki itu berperah tenaga menggantikan tayar keretanya yang pancit. Tiba-tiba, idea nakalnya menjelma. Beverly menarik Dina ke suatu sudut dan mengongsi ideanya itu. Mulanya Dina tidak percaya tetapi akhirnya dia mengalah kerana Beverly sudah benar tidak tahan dengan bayang-bayang Sufyan.

Sudahlah mengacau hidupnya, saban hari di kampus, pasti akan ada jelmaannya dengan kejutan yang berbeza. KeLmarin, dia datang dengan bunga.

Dua hari lepas, dengan coklat. Tolong lah, tidak usah berlagak romeo sangatlah Sufyan, aku tak berminat! Rimas Beverly dibuatnya. Kata Dina, kalau benar Beverly mahu meneruskan dengan rancangannya itu, dia harus bersemuka dengan Hazeem sendiri. Malu memanglah malu, tetapi untuk hidupnya juga!

Malique sama sekali tidak percaya apabila Beverly mengatakan bahawa dia ada teman lelaki. Katanya harus ada bukti. Mulanya dia buntu harus bagaimana, tetapi apabila bertemu Hazeem , dia tahu sudah apa yang harus dia lakukan.

Beverly ikut duduk di tar jalan di tepi Hazeem . Hazeem hanya tersenyum sambil mengelap peluhnya. Ah, Hazeem ternyata lebih kacak daripada Sufyan si kasanova itu. Tidak perlu berlagak lebih kerana dia sememangnya sudah ada aura.

“Hazeem ...boleh tak saya sewa awak untuk sehari jadi teman lelaki saya?” Beverly memberanikan diri untuk bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Ini saja caranya untuk melepaskan diri daripada Sufyan.

Dengan tenangnya Hazeem memandang Beverly dengan kerutan di dahi.

“Apa awak ingat saya ni kereta nak sewa-sewa bagai? Jadi teman lelaki awak pula tu!” Hazeem mengejek.

“Amboi awak ni! Tak sayang mulut kan, memang patut pun tayar awak pancit! Biar hati awak yang busuk tu pancit sekali. Orang minta tolong cari baik, macam ni pula!” omel Beverly . Geram dia apabila Hazeem mengejeknya. Macamlah dia teruk sangat.

“Dina, bawa balik kawan kau sorang ni!” laung Hazeem .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience