BAB 1

Romance Completed 898

Tercungap-cungap Dina berlari mengejar Beverly yang sudah jauh di hadapan. Kalau dia tidak sampaikan salam lelaki itu, habislah dia. Beverly pula, jalan seperti berlari-lari anak!

Ataupun, dia yang jalan lambat? Apabila sudah dekat, Dina menjerit-jerit nama Beverly menyuruh Beverly berhenti. Sesungguhnya dia sudah tidak kuat berlari.

Jika dia saja sebagai seorang wanita tepersona dengan kecantikkan Beverly , apalagi lelaki. Wajah Beverly yang putih mulus tanpa mekap sepadan dengan hatinya yang baik. Untung lelaki yang beristerikan gadis seperti Beverly .

“Tasha, apa laju sangat kau jalan ni! Penat aku kejar kau dari tadi. Ni hah, ada orang kirim salam dan dia suruh aku bagikan ni kepada kau.” Ujar Dina dengan nafasnya yang tercungap-ngucap. Sampul kertas itu sudah bertukar tangan.

“Dari siapa?”

“Bila kau baca, kau tahulah siapa.” Dina tersenyum nakal sambil mengenyit mata. Sekejapan saja Dina sudah menghilangkan diri.

Beverly berkerut dahi. Zaman sekarang pun ada orang pakai surat? Vintage! Belum sempat dia mahu menanya lebih tentang surat itu kepada Dina, Dina sudah lesap.

Ah Dina ni, betullah! Beverly curiga dengan surat yang baru didapat. Dia mencium sampul surat itu, manalah tahu sampul itu ditabur dengan bedak. Kolotlah kau ni Tasha! Akhirnya, dia tertawa sendiri.

Sampul itu dibuka dan dia mula membacanya. Inti surat itu adalah lelaki yang bernama Malique ini ingin berkenalan dengannnya? Siapa Sufyan?

Kata Dina tadi kalau dia baca surat itu, tahulah dia siapa pegirimnya, tetapi dia tidak kenal dengan sesiapa yang bernama Sufyan. Buat pening kepala saja memikirkan siapa pengirimnya. Akhirnya surat itu dibuang ke dalam tong sampah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience