Rate

BAB 6

Romance Completed 25637

Dua hari berlalu. Ini juga bermakna dua hari aku tidak berjumpa dengan Darwiz mahupun mama dan papa. Selama dua hari itu aku bermalam di masjid kota. Hanya itu saja tempat yang mampu aku berlindung.

Aku rindu sangat dengan Darwiz. Aku sebenarnya tidak bermaksud berkata begitu kepadanya. Tetapi perasaan aku tidak tahan lagi jika asyik dihina. Maafkan Intan abang.

“sayang… mama akan jaga sayang sepenuh hati mama.” Aku kasihankan anak yang aku kandungkan ini.

“Intan!!! Di mana kamu?” Darwiz tercari-cari di mana isterinya berada. Sekarang dia betul-betul menyesal dengan perbuatannya yang tidak mempercayai isteri sendiri.

“maafkan abang Intan. Abang salah. Tolonglah muncul. Ya Allah tolonglah hamba.” Mohon Darwiz

Semasa Darwiz tercari-cari Intan, Intan ternampak Darwiz di sebalik langsir masjid kota itu. Masjid yang sangat berhampiran dengan kubur ayah dan ibunya.
Ingin sekali aku keluar untuk berjumpa denganmu abang.

“abang terlalu ego tapi Intan sangat rindukan abang Darwiz.” Aku mengambil keputusan untuk pergi ke arah abang Darwiz yang menjerit-jerit memanggil namaku.

“Intan… di mana kamu berada. Baliklah.” Tangis Darwiz. Pandangan orang di sekeliling tidak di hiraukannya.

Aku dengan perlahan-lahan bersama linangan air mata menuju ke abang Darwiz.

“abang…”seruku. Darwiz yang terdengar orang memanggilnya mendongak.

“Intan.” Pantas Darwiz menuju ke arahku dan memelukku.

“abang minta maaf sayang. Abang salah. Abang terlalu percayakan orang lain daripada isteri sendiri. Abang sangat menyesal. Maafkan abang ya sayang.” Pohonnya sambil menatap mukaku.

Air matanya aku seka. Tidak pernah sekali aku melihat mukanya yang sugul ini.

“Intan yang patut minta maaf. Intan pun salah juga kerana berkata macam-macam. Maafkan Intan?” pintaku bersama tangisan. Darwiz menggeleng.

“tidak abang yang salah. Intan, maafkan abang? Jom kita balik rumah.” Ajaknya.
Aku dengan perasaan yang terbuka dengan syukur mengangguk.

“Intan maafkan.” ujarku bersama tangisan.

Orang yang menyaksikan tadi terharu dan turut menitiskan air mata. Terima kasih Ya Allah kerana tunjukkan kebenaran Mu. Aku sangat terhutang budi dengan Mu. Abang. Intan janji selepas ini intan akan menjadi isteri dan ibu yang solehah.

“Intan. Janji dengan abang yang Intan tidak akan lagi tinggalkan abang dan anak di dalam kandungan itu.” Pohonnya. Aku terkejut.

“abang tahu?”

“ya. Semalam mama beritahu segala-galanya.”

“abang juga jangan tinggalkan Intan sebegitu lagi. Intan janji selepas ini Intan akan menjadi isteri dan ibu yang solehah.”

“abang janji. Abang tidak akan tinggalkan Intan dan mempercayai Intan. Intan la cinta pertama abang dan terakhir.” Ujarnya sambil mengusap tanganku.

Aku berasa lebih gembira sekarang.

Aku dapat lihat di riak muka Darwiz sangat bahagia dan bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

“kita kena berterima kasih kepada Allah kerana kurniakan anak ini kepada kita bang. Alhamdulillah…”

“ya alhamdulillah… terima kasih sayang.”

Tiada lagi airmata semalam yang menemani tidurku, tiada lagi airmata untuk hari ini kerana semua sudah mulai kembali ke tempat asalnya pada masa yang tepat, yang ada hanyalah bahagia. Baru sedari yang tidak selama-lamanya kita akan berbahagia tanpa dugaan yang melanda. Setiap kali dugaan yang melanda jangan mudah melatah, hadapi dengan tenang dan sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience