Rate

BAB 3

Romance Completed 25637

Baru beberapa hari Darwiz berada di Sydney, aku sangat merinduinya. Aku ada cuba telefon tapi tak dapat-dapat. Mungkin line di sana tidak sama.

Aku bersiap dengan memakai blouse berwarna putih , seluar hitam serta tudung berwarna hitam di sarungkan. aku turun ke bawah untuk bersarapan. Selepas ini aku kena pergi pasar bagi membeli barang.

“mak Kiah. Mama dan papa mana?” tanya aku kepada mak Kiah yang merupakan orang gaji di rumah itu.

“dua-dua sudah keluar. Intan nak pergi mana?”
“Intan nak pergi pasar. Beli barang sikit. Mak Kiah jaga rumah ya.”

“yela. Hati-hati di jalan tu.” Aku hanya tersenyum dengan pesanan mak kiah.

Aku pergi ke pasar hanya dengan menaiki teksi. Aku bukanlah ada lesen memandu kereta pun. Kalau ada sekalipun belum tentu aku ingin memandu.

Sampai saja di pasar aku beli barang apa yang patut.

“kalau abang ada boleh dia makan ayam masak merah.” Monolog aku semasa berjalan melihat sekeliling.

Tiba-tiba kepalaku terasa pening. Hampir saja aku jatuh ke tanah tapi sempat ditahan seseorang. Aku tidak tahu siapa.tapi yang pasti lelaki. Bagi mengelakkan sebarang fitnah pantas aku mengimbangkan balik badanku.

“terima kasih ya.” Ucapku kepada orang itu.

“sama-sama. Betul ke cik tak apa-apa. Mahu saya teman bawa jumpa doktor.” Ujarnya.

“tidak. Saya ok. Terima kasih.” “sama-sama. Saya Fitri. Ini kad saya. Kalau rasa pening-pening lagi datanglah ke sini.” Katanya lalu menyerahkan kad itu kepadaku.

Aku mengambil kad itu lalu menyimpannya. “baiklah kalau begitu. Saya minta diri dulu.” Aku pun berjalan pergi meninggalkannya.

Aku berasa letih sekali. Entah mengapa tiba-tiba aku hampir jatuh pengsan di pasar tadi.
Aku bergegas masuk ke dalam rumah setelah telefon rumah berbunyi. Agaknya mak Kiah tidak dengar.

“helo.”

“helo. Sayang… abang ni.” Aku tersenyum.

“abang. Lama Intan tak dengar suara abang. Kenapa Intan call nombor abang tapi tak dapat-dapat.”

“ abang belum daftar masa tu. Ni pun abang pinjam telefon kawan.”

“oh… Intan rindulah. Bila balik.”

“lagi 10 hari lagi. Abang pun rindu juga. Oklah abang terpaksa letak dulu. Ada hal sikit. Kirim salam dekat papa dan mama ya.”

“ok assalamualaikum.”

“waalaikumusalam.” Telefon di letak. Alhamdulillah rinduku sedikit terubat.

“eh Intan. Bila balik. Mama tak perasan pun.” Muncul mama tiba-tiba.

“baru saja. Tadi abang Darwiz telefon. Dia kirim salam dekat mama dan papa.” Beritahuku.

“waalaikumussalam. Intan. Kamu tak apa-apa ke? Pucat je muka kamu ni.” Mama menapak ke arahku lalu memegang dahiku.

“tak la. Intan ok. Mungkin letih sikit. Yela sudah lama tidak ke pasar. Tadi hampir saja Intan jatuh pengsan. Mujur ada seorang lelaki ni tolong. Kalau tidak Intan tidak tahulah apa yang terjadi.” Terangku.

“itula. Suruh mak Kiah pergi tak nak. Sudah Intan pergi masuk. berehat dulu.” Arah mama.

“yela. Mama ini ada kad. Tadi orang yang tolong intan yang beri.” hulurku kepada mama kad kecil itu. Mama teliti kad itu. Aku biarkan mama melihat apa yang tentera di kad itu.

Aku berlalu ke dapur dan meletakkan barang di meja. Sekembali saja di depan aku melihat mama menelefon seseorang. Mungkin rakan – rakan nya.

Aku naik ke atas untuk berehat.
Apa la yang abang tengah buat ye. Lama nya kena tunggu. Tanpa sedar aku mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience