Rate

BAB 4

Romance Completed 25646

Seminggu telah pun berlalu. Bermakna tinggal tujuh hari lagi untuk Darwiz pulang ke tanah air.

Hari ini entah mengapa tiba-tiba hatiku tergerak untuk ziarah kubur ibu dan ayah. Selepas bersiap aku pun turun.

“mama, papa. Intan nak keluar sebentar.” Aku minta izin.

“keluar ke mana. Hari pun macam mahu hujan.” Kata mama.

“Intan nak pergi ziarah kubur ibu dan ayah. Sebentar saja.” Pintaku lagi.

“ma… biarlah dia pergi. Kesian Intan sudah lama tidak ziarah kubur ibu dan ayahnya.” Ujar papa.

Mama akhirnya mengangguk. Aku tersenyum. Selepas bersalam dengan mama dan papa aku pun keluar dengan menaiki teksi.

“pergi mana dik?” tanya pemandu teksi itu.

“masjid kota.” Balasku. Pemandu teksi hanya mengangguk.

Sampai saja di depan masjid kota, selepas membayar kepada pemandu teksi tadi aku pun keluar.

Sudah lama aku tidak datang ke sini. Pantas aku menghala ke kubur ibu dan ayah.

Semenjak kemalangan yang ngeri itu aku menjadi pendiam orangnya. Punca itu juga yang menyebabkan ayah dan ibu terkorban. Aku menjadi trauma ketika itu. Lagipun masa itu aku baru berusia 12 tahun. Aku masih tidak faham apa yang telah berlaku.

Tetapi atas dorongan jiran ku itu aku kembali pulih dan sedikit demi sedikit trauma aku hilang. Sebab itu juga aku tidak berani untuk mengambil lesen kereta.

Sampai saja di depan kubur ibu aku membaca yasin dan menghadiahkan doa. Aku turut melakukan perkara yang sama kepada ayah.

“ayah, ibu. Intan datang ni. Intan rindu sangat dengan ayah dan ibu. Tetapi sekarang mujurlah abang Darwiz ada. Dia suami Intan. Intan patut ucapkan terima kasih kepada ayah dan ibu kerana jodohkan Intan dengan abang Darwiz .Intan sekarang berasa lebih selamat dan bahagia di sampingnya. Terima kasih.” Air mataku perlahan-lahan mengalir keluar.

Aku tidak sedar bila hujan mulai turun kerana aku menangis di situ terlalu lama. Apabila aku bangun untuk berdiri, hampir saja aku tidak dapat mengimbangkan badan. Mujur aku sempat duduk semula. Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba pening.

Aku sekali lagi cuba bangun perlahan-lahan. Dengan perlahan-lahan juga aku keluar dari masjid kota.

Sedang aku menunggu teksi di perhentian bas. Datang sebuah kereta wira di depanku. Keluar seorang lelaki.

“awak yang di pasar hari itu kan?” tanya lelaki itu. Aku cuba imbas kembali apa yang berlaku di pasar hari itu.

“awak Fitri?” tanyaku.

“ya. Ingat pun. Awak tunggu bas ke?”

“tak. Tunggu teksi.”

“teksi masa ini tidak akan lalu di sini. Lagipun sekarang masa rehat. Apa kata saya hantar awak balik?” ajaknya. Aku menggeleng pun tak, mengangguk pun tak. Susah untukku membuat keputusan.

Aku ni isteri orang. Nanti takut ada perkara yang tidak diingini berlaku.

“tak apalah. Saya sanggup tunggu.” Kataku.

“lambat lagi ni. Jangan risau saya tidak akan berbuat apa-apa kat awak. Cuma hantar balik je. Lagipun awak sorang saja yang berada di sini.”

Betul juga katanya itu.

“baiklah.” Putusku akhirnya. Aku pun masuk ke dalam keretanya.

“tinggal di mana?” tanya Fitri dalam perjalanan.

“taman perdana. Nanti sampai saja di depan tanda nama taman perdana, awak turunkan saya di situ saja. Rumah saya tidak jauh dari situ.”

Fitri hanya mengangguk.

Selepas beberapa minit, aku pun sampai tetapi bukan di depan rumah. Mujur juga hujan berhenti.

“terima kasih ya. Kalau tiada awak tadi mungkin sekarang saya belum sampai lagi.” Luahku ketika berada di luar keretanya.

“tak mengapa. Saya pun kebetulan lalu di situ.”

“saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”

“waalakummusalam.” Selepas kereta wira itu hilang di depan mata barulah aku berlalu ke rumah.

Sampai saja aku di depan rumah, aku melihat mama dan papa sedang berbual di taman. Baru saja aku ingin melangkah ke dalam rumah, aku pening tiba-tiba. Selepas itu aku tidak tahu dah apa yang berlaku. Suara mama dan papa sayup-sayup kedengaran.

Tatkala aku membuka mata aku melihat mama dan papa berada di samping aku. Muka mama dan papa ceria semacam saja.

“mama, Intan di mana?” tanya ku.

“di hospital. Tadi intan pengsan. Intan, ada berita gembira ni.” Ujar mama sambil tersenyum.

“berita gembira? Apa?”

“tahniah Intan. Kamu sudah mengandung hampir 3 minggu.” Aku tersenyum bahagia.

“betul ke… mama dan papa tak tipu kan?” tanya ku untuk kepastian.

“betul. Mama dan papa tak bohong. Lagipun buat apa kami nak bohong.” Kata mama bersungguh-sungguh.

“Ya Allah terima kasih. Mama dan papa jangan beritahu abang Darwiz ya. Biar Intan yang beritahu.” Kataku.

“baiklah. Tapi kamu harus jaga diri baik-baik.” Pesan mama. Aku hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience