Rate

BAB 2

Romance Completed 25637

Tergopoh-gopoh aku ke depan untuk membuka pintu untuk suamiku yang baru pulang dari pejabat. Kini aku menjadi suri rumah sepenuh masa.

“assalamualaikum abang.” Aku bersalam dengan Darwiz dan mengambil beg bimbitnya.

“waalaikummusalam. Intan sudah makan?” tanya Darwiz. Dia lebih senang memanggil aku dengan nama Intan.

Aku pun lebih suka di panggil dengan namaku sendiri.

“belum. Intan tunggu abang.” Aku ikut suamiku hingga ke bilik.

“kenapa tidak makan lagi. Hampir pukul 8 malam ni. Nanti kalau perut tu masuk angin macam mana?” ujarnya lembut. Aku hanya tersenyum lalu mengambil tuala dan menyerahkan kepada Darwiz.

“tak apa. Intan turun dulu. Nanti selepas abang sembahyang kita makan sama-sama.” Balasku lalu berlalu ke luar bilik. Darwiz sempat menghalang dengan pelukan dari belakang.

“ tunggu la abang dalam bilik.” Katanya. Aku tersenyum lalu meleraikan pelukan.

“ ala abang mandi la dulu. Intan nak siapkan makanan. Nanti tak sempat la. Ya?” aku membuat muka penuh mengharap.

“yela. Nakal ye isteri abang ni.” Darwiz mencubit hidungku tanpa sempat ku mengelak.

“sakitlah. Okla Intan turun dulu” aku membalas perbuatannya kembali dan pantas berlari ke bawah.

“Intan…” laung Darwiz dengan tertawa kecil. Aku hanya tersenyum dalam perjalanan ke dapur.

Setelah Darwiz turun aku memanggilnya untuk makan.

“abang. Mari makan.” Ajakku dari dapur.

“hurmm… sedapnya.” Dia mengambil tempat dan tersenyum ke arahku.

“makanlah kenyang-kenyang. Nanti tidur tak lena pula.” Kataku sambil menyenduk nasi ke pinggan Darwiz.

“walaupun tak kenyang, Intan kan ada boleh teman abang.”

“mengada-ngada. Makanlah.”

Aku tersenyum bahagia di dalam hati. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan aku cintai.

“Intan abang nak cakap sesuatu sikit. Boleh” ujarnya selepas makan dan berlalu ke ruang tamu. Aku membuntuti dia dari belakang.

“apa? Beritahu jela.” Balasku.

“minggu depan abang akan pergi kursus ke Sydney selama dua minggu.” Aku tersentak. Begitu lama sekali.

“lamanya. Minta ganti daripada orang lain tidak boleh ke.”

“tak. Jadi hujung minggu ni abang akan hantar Intan ke rumah mama dan papa.” Aku tertunduk lemah.

“Intan. Kenapa ni. Dua minggu saja abang pergi. Lagipun mama dan papa ada. Janganlah macam ni.” Darwiz memegang tangaku dan membawa aku ke dalam pelukannya.

Aku tak tersengaja mengalirkan air mata. Belum sempat aku menyeka Darwiz telah menyekanya.

“sayang… janganlah macam ni. Abang janji yang abang akan sentiasa call Intan.” Sayang? Adakah aku salah dengar. Ini kali pertama dia panggil aku dengan panggilan sayang.

“abang panggil Intan apa tadi?” tanya aku untuk kepastian. Darwiz tersenyum.

“sayang. Kenapa salah ke?” aku pantas menggeleng.

“terima kasih. Ini kali pertama Intan dengar abang memanggil Intan dengan panggilan sayang. Intan benarkan abang pergi dan akan sentiasa merindui abang dari jauh.” Ujarku bersama senyuman.

“terima kasih sayang. Mulai hari ini abang akan panggil Intan dengan panggilan sayang.” Aku mengganguk dan terus memeluknya. Adakah aku dapat tahan daripada merinduinya dari jauh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience