Rate

BAB 5

Romance Completed 25639

Seminggu telah pun berlalu. Semalam Darwiz telah pulang ke tanah air. Aku merasa gembira sekali. Apatah lagi dengan kehadiran bayi kecil dalam perutku ini.

Tergopoh-gapah aku ke pintu bagi menyambut kehadiran abang Darwiz.

“assalamualaikum abang.” Ucapku lalu mengambil beg bimbitnya.

“waalaikumusalam. Abang letih. Tolong jangan kacau.” Ujarnya sedikit keras lalu berlalu ke bilik.

Aku menjadi tertanya-tanya kenapa sikapnya berubah sama sekali. Tidak ada lagi panggilan sayang. Cuma Intan saja di dengar. Semalam bila sampai di rumah kami, sikap Darwiz berubah sekali. Aku sedikit terkesan.

Aku masih belum ingin memberitahunya tentang kandungan aku itu. Biarlah dia berehat dulu.

“abang nanti turun makan ya.”laungku.

“tak usah. Aku dah kenyang.” Aku tersentap. Kali ini tiada lagi perkataan abang. Ia ditukar kepada aku dan kau. Sedih sekali aku rasakan.

Kenapa dengan abang ni. Apa salah Intan. Tersedu-sedu aku menangis di dapur. Sayang… kenapa dengan abah. Aku mengusap perutku.

“maafkan aku Intan. Kerana gambar itu aku bersikap demikian.” Ucap Darwiz di dalam bilik.

“abang… apa salah Intan bang. Tolong beritahu Intan.” Tanyaku ketika berada di bilik. Aku tahu Darwiz pura-pura tidur.

“abang. Intan rindukan abang yang dulu. Kenapa abang berubah sama sekali.” Tangisku perlahan.

“intan… abang pun rindu. Tapi segala-galanya telah terbukti yang Intan bohong abang.” Kata Darwiz dalam hati.

Pagi itu aku bangun awal untuk siapkan sarapan. Aku mengambil keputusan untuk ke rumah papa dan mama. Aku tiba-tiba rindu akan mereka. Walaupun baru dua hari aku tidak berjumpa dengan mereka, rasa rindu pula.

“abang. Kejap lagi Intan nak pergi rumah mama dan papa. Abang benarkan ya?” pohonku.

“pergilah. Asalkan tidak buat perkara yang tidak senonoh.” Balas Darwiz tanpa reaksi.
Aku terkedu.

“abang. Abang ni kenapa ? apa salah Intan kepada abang. Tolong beritahu Intan bang.” Pintaku lagi.

“kau nak tahu apa masalah kau? Jom ikut aku ke rumah papa dan mama. Biar mereka tahu siapa kau yang sebenarnya.” Pantas dia menarik tanganku dengan kasar tanpa mempedulikan perasaanku ketika itu.

Sampai saja di depan rumah papa dan mama, sekali lagi aku ditarik kasar oleh Darwiz. Aku hampir tersungkur di kaki mama ketika itu. Mujurlah mama sempat menyambutku.

“Ya Allah. Darwiz. Kamu ni kenapa. Tak kesiankan Intan ke tolak dia macam tu. dahla…”

“ma jangan…” pintaku apabila mama ingin memberitahu tentang kandungan aku itu.

“kesian? Selama ini Mil salah mencintai dia ma. Dia sebenarnya perempuan yang tidak boleh dipercayai.” Aku terkedu dengan kata-kata Darwiz sebentar tadi. Terkejut.

“apa yang kamu kata ni. Cuba beritahu dengan jelas.” Kata papa.

Darwiz mengeluarkan telefon bimbit dan menyerahkan kepada papa dan mama lalu ke aku.
Terkejut!!

“kenapa? Terkejut? Itu la diri kau yang sebenarnya kan? Mula-mula aku tak nak percaya semua itu. Tapi gambar yang seterusnya itu amat aku tidak sangka. Tak sangka kau berpelukan dengan lelaki tu. Di tempat awam pula tu . ” suara Darwiz bagai menyindirku.

“astaghfirullah… abang. Abang jangan salah faham. Dia ni Cuma menolong intan saja masa itu dari jatuh pengsan dan yang tentang kereta ini dia tolong Intan kerana masa tu takde teksi yang lalu.” Jelasku. Air mataku ditahan daripada mengalir keluar.

“sudahlah. Pasti kau mereka-reka cerita. Gambar itu sudah membuktikan segala-galanya.” Darwiz masih dengan pendiriannya.

“Mil. Benar apa yang Intan kata tu. Dia telah menceritakan segala-galanya kepada mama. Dan lelaki itu adalah doktor Fitri.” Terang mama pula.

“mama jangan cuba bela perempuan ni. Mil tahulah dia macam mana. Menyesal aku mencintai kau. Kenapa la ma dan papa kahwinkan Mil dengan perempuan macam ni?”

Pang!!!

“ya Allah. Mama.” Aku terkejut dengan tindakan mama yang menampar abang Darwiz.

“ini adalah balasan kerana kata yang bukan-bukan kepada Intan. Cuma gambar sebegini saja kau percayakan dia. Apa la yang ada di kepala otak kau tu Darwiz.” Kata mama.
Aku hanya mampu melihat tanpa berkata apa-apa.

“sampai hati mama pukul Mil. Mil tak salah ma. Perempuan ni yang salah.” Ujar Darwiz sedikit meninggi suaranya.

“cukup!!!” jeritku.

“cukup bang. Mama. Papa. Cukup. Intan dah penat dengan semua ini. Abang sudah-sudah la menghina dan mencaci maruah Intan. Intan tahu Intan tidaklah sempurna macam perempuan di luar sana. Intan juga tidaklah secantik bidadari. Intan tahu semua itu. Cuma satu saja yang intan nak abang tahu.

“Intan tak pernah mencintai orang lain dan tak pernah curang dengan orang yang sangat Intan cintai. Iaitu abang. Intan juga nak abang tahu yang abang sajalah satu-satunya insan yang Intan ada dan cintai. Selepas ini ikut suka abang la sama ada mahu ceraikan Intan atau tidak pedulikan Intan . Intan tidak kisah. Asalkan Intan bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan suami yang sangat Intan cintai.” Puas hatiku. Segala perasaan aku yang terbuku diluahkan kepada dia.

“mama, papa. Intan pergi dulu. Intan tidak akan pulang ke rumah ini lagi tanpa izin abang Darwiz. Intan akan pergi dari sini. Assalamualaikum.” Selepas bersalam aku pantas berlari keluar dengan linangan air mata.

Laungan mama dan papa tidak aku hiraukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience