Rate

BAB 1

Romance Completed 25637

Namaku Intan Hasnieda Binti Hashim manakala suamiku Muhamad Darwiz bin Dato’ Kamal. Itu adalah nama suamiku. Mungkin kisahku ini agak klise tapi yang sebenarnya dijodohkan dengan Darwiz ni atas dasar kemahuan ibu bapaku. Ia adalah juga pesanan terakhir daripada arwah ibu dan ayahku kepada dato’ Kamal. Ayah mertuaku dengan ayah aku adalah kawan baik dari kecil lagi. Jadi mereka sepakat untuk menjodohkan aku dengan anaknya itu.

Alhamdulillah. Hampir empat bulan aku menjadi isteri kepada Darwiz dan aku bahagia di samping nya. Siapa tahu pada hari akad nikah itu kami sama-sama telah jatuh cinta. Semua orang berpendapat yang kahwin atas dasar kemahuan ibu bapa tidak bahagia. Tetapi aku tidak. Kami bahagia saja.

Aku sebenarnya cemburu dengan suami isteri yang mempunyai anak. Aku ni walaupun hampir genap empat bulan berkahwin tetapi belum ada tanda-tanda yang aku akan mengandung. Apakan daya rezeki belum sampai. Apa pun aku bersyukur kerana aku mempunyai seorang suami yang sangat aku cintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience