BAB 6

Romance Completed 493

‘Siapa lelaki itu? Begitu akrab sahaja.’ Langkahnya terhenti. Air mata
Harumi di lihat dari jauh.

Shahrum juga membawa diri yang kecewa.

“Abang...” Harumi menangis semahunya.

“Kan abang dah kata. Mamat tu memang slow.” Marah Rejab.

“Abang janganlah kutuk bro kesayangan adik.” Air mata masih bersisa.

“Dah jadi macam ni pun masih nak menangkan si mamat slow tu?” Rejab
memandu keretanya.

Tiba-tiba Shahrum muncul di hadapan kereta mereka.

“ Shahrum !” Harumi terkejut lalu keluar dari kereta. Begitu juga dengan
Rejab.

“Tak kisahlah siapa lelaki yang begitu mesra dengan kau ni, Harumi .
Yang penting aku nak kau tahu perasaan aku. Aku suka pada kau. Aku nak
kahwin dengan kau. Aku tak kisahlah kau ni minah gangster tiga suku atau
separuh suku. Janji aku suka pada kau kerana diri kau.” Luah Shahrum .
Tiba-tiba semangatnya datang tadi.

Harumi tergamam dengan luahan Shahrum . Dalam diam dia gembira.

“Aku bakal su Shahrum ya. Kau jangan nak menyibuk!” tinggi suara Rejab.

“Tapi...” Shahrum hilang punca.

Shahrum cuba menghalang kereta itu terus pergi tetapi tidak sempat. Betul
kata orang, cinta tidak semesti di miliki.

“Apa abang buat ni?” marah Harumi .

“Saja nak tengok air muka bro adik tu.” Rejab ketawa.

Dia hanya sekadar pusing satu bangunan tersebut.

“Shahrum !” panggil Harumi .

“Harumi!”

“Terima kasih luahan tu.” Hati Harumi sedikit lega. Kenangan zaman
persekolah bertamu di matanya.

“Sama-sama.” Mereka saling balas pandangan.

“Kau jangan pakai kasut tinggi ni lagi. Kalau tak aku sorokkan.”

“Eh, jangan buat macam tu! Aku saja nak try kasut tu.”

“Siapa lelaki itu?”

“Dia abang aku.”

“What? Abang? Jatuhlah imej aku macam ni.

“Tak apa, janji aku terima kau seadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience