BAB 5

Romance Completed 493

“Kau ni puaka ke?” soal Harumi dengan tiba-tiba.

“Sedapnya mulut kau kata aku puaka.” Shahrum tersentap dengan pertanyaan
itu. ‘Puaka?’

“Yalah! Kat mana aku ada, kau ada. Puaka la tu.” Jelas Harumi

“Maksud kau?” Shahrum masih tidak faham.

‘’Kau buat hidup aku serabut! Bila aku tengok tv, kau muncul. Elok aku nak makan, kau muncul lagi. Aku nak pejam mata, boleh pulak kau datang sebelah aku! Kau memang dasar hantu, jembalang puaka mata merah.” marah Harumi! Apa tidaknya, gara-gara lelaki ini, dia tidak hidup tenang dan tidur pun tak lena!

“Eh, mata aku ni cukup tidur dan sihat. Tak ada makna nak jadi merah,”
usik Shahrum . Dia faham apa yang Harumi maksudkan. Gadis ini merinduinya.

Shahrum baru sedar yang perempuan di hadapannya ini adalah gadis yang sama di zaman persekolahan. Patutlah tergerak hati mahu menegur si gadis ini
tempoh hari.

Harumi terdiam. Hatinya terasa dengan kata-kata Shahrum . ‘Tidakkah dia
rasa apa yang aku rasa? Aku seorang sahaja yang merasai.’ Harumi
ingin menangis.

“Okey bro, aku cau dulu.” Harumi mengambil keputusan untuk mengundur
diri. Sikapnya yang sebenar muncul.

“Stiletto kau ni tak nak ke?” Shahrum berkata. Dia sedar
perubahan air muka Harumi tetapi dia tidak pasti apa tindakan terbaik
untuk dia pamerkan pada gadis itu.

“Stiletto aku!” Harumi bersyukur kasut tersebut dalam
pelukannya.

“Lain kali kalau dah ganas sangat, tak payah la nak try pakai kasut
macam tu.”

“Bukan aku sengaja nak try tapi ini kasut arwah mak aku. Masa aku jatuh
tempoh hari pun sebab itu kali pertama aku pakai,bro.” Jelas Harumi .

“Dah datang penyakit bro dia...” Shahrum mengeluh.

Air mata Harumi mahu mengalir melihat layanan Shahrum yang agak selamba
dengannya.

“Aku balik dulu bro... Thanks!” Harumi terus menurun tangga bangunan
itu.

‘Apa yang aku dah buat? Kan dah lama aku sukakan Harumi . Kini aku ada
peluang, aku lepaskan pula. Wajah dia sayu sangat. Shahrum , kau jangan
lepaskan dia pergi. Jom kejar dia! Jom!’ ada kata semangat dalam hati
Shahrum . Dia segera mengejar Harumi tetapi dia terpandang seorang lelaki
setia menunggu Harumi di hujung jalan sana.

Hati lelakinya cemburu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience