BAB 2

Romance Completed 493

“Apa cium-cium ni, bro? Nanti tuhan marah.” Harumi tersengih sebab
dapat kenakan Shahrum semula.

“Cik adik manis ni memang nak kena. Sebagai balasan aku dah tolong kau.
Aku ambil stiletto kau ni ya? Kalau jual pun dapat juga duit.
Aku cau dulu.” Kata Shahrum sambil mengambil kasut tersebut.

Harumi tersentap. ‘Eh, kasut arwah mak aku tu!’ Lelaki itu semakin
menghilang. Dia kecewa sebab lelaki itu mengambil kasut tersebut.

“Itu kasut mak....” lemah suara Harumi sambil melihat bayangan Shahrum
semakin menghilang.

“Kat sini rupanya kau!” tegur Rejab.

“Abang....”

“Awat muka adik ni macam nak nangis je? Tak apa la. Abang tunggu adik
nangis dulu. Bukan selalu dapat tengok adik abang nangis.” Usik Rejab
lalu melihat wajah adiknya yang berkerut itu.

“Abang!” marah Harumi . “Aduh! Aduh!” Harumi mengaduh kesakitan
apabila dia bergerak sedikit.

“Kenapa dengan kaki adik ni?” Rejab risau. Tanpa menunggu jawapan
Harumi , Rejab terus memangku tubuh adiknya ke kereta.

“Abang ni, ingat kita ni bini dia ke nak buat macam ni.” Marah Harumi. Dia malu orang sekeliling melihat mereka.

“Ala, kita kan adik beradik. Salah ke abang nak tolong adik abang dalam
kesusahan ni?” Rejab merenung ke dalam mata Harumi .

“Baiklah abangku yang seorang ini.”

“Macam tu la wahai adikku yang seorang ini.” Rejab tersenyum.
Mereka hanya dua beradik sahaja membuat hubungan mereka sangat rapat.

Mereka berdua adalah kembar lain jantina membuatkan orang sekeliling
tidak percaya mereka adik beradik. Wajah mereka sangat berbeza. Mungkin
kerana Harumi mengikut wajah maknya dan Rejab mengikut wajah
ayahnya.

Sebaik sahaja tiba di rumah, ayah terus membebel bagaikan tidak ingat
dunia.

“Macam mana kasut mak kamu boleh kena ambil oleh orang. Kasut tu dah
tiga keturunan tau.” Bebel ayah.

‘Ayah ni lebih risau pasal kasut daripada aku.’ muncung Harumi panjang.

Rejab yang melihatnya hanya ketawa kecil. ‘Kasihan dia...’

“Nanti Harumi pergilah cari mamat sengal tu,” kata Harumi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience