BAB 4

Romance Completed 493

Perlahan-lahan Harumi membuka pintu bilik yang ada. Dia sangat
bertuah kerana pintu bilik yang pertama dibuka, sememangnya bilik Shahrum .

Bilik tersebut tersusun kemas. Tiba-tiba pandangan Harumi jatuh pada
satu gambar. Gambar tersebut membuat Harumi teringat zaman
persekolahannya.

‘Itu adalah lelaki yang aku suka dalam diam. Aku suka melihat wajahnya.
Segala milik lelaki itu aku suka termasuk namanya, Muhammad Nur Shahrum .
Hampir-hampir sahaja dengan namaku, Nur Harumi . Walaupun perbezaan
antara kami adalah dua tahun tetapi aku tetap suka pada dia.’

“Ehem...” ada seseorang menegurnya.

“ Shahrum ...” Harumi terkejut.

“Tuhan marah tau buat kerja skodeng-skodeng ni.” Selamba Shahrum berkata.

“Aku skodeng apa? Aku tak buat apa-apa pun.” Harumi menidakkannya.

“Skodeng bilik aku la, buduh!” geram Shahrum .

“Sedapnya kau kata aku bodoh. Kau tu lembut!” balas Harumi .

“Kau yang sebut bodoh. Aku sebut buduh je. Lagi satu apa motif kau kata
aku lembut?” Shahrum tak puas hati.

Belum sempat Harumi menjawabnya, Ayumi mencelah.

“Jom minum!” Ayumi menarik tangan Harumi agar mengikutinya.

Shahrum terus menutup pintu biliknya. Dia naik ke atas untuk bersihkan
diri. Badannya sudah melekit seharian bekerja di restoran.

“Harumi , kau buat apa sekarang ni?”

“Tanam anggur.”

“Wah, mesti kau kaya nanti. Anggur kan mahal sekarang ni.” Kata Ayumi .

Harumi mengeluh. ‘Inilah akibat kata aku buduh, adik kau pun dah jadi
buduh.’

“Maksud aku, tak kerja. Menganggur sepenuh masa.”

“Ooo... Buduhnya aku...” Ayumi tersengih. ‘Sah adik beradik ni.’

“Kau ada nampak stiletto warna merah cili , abang kau bawa
balik semalam?” soal Harumi . Itu motifnya yang sebenar.

“Ada. Dia terus bawa masuk dalam bilik dia. Kenapa Harumi ?”

“Itu kasut aku.”

“Macam mana abang aku boleh ambil kasut kau?”

“Panjang ceritanya. Kau tolong ambilkan untuk aku.”

“Insya Allah.”

“Kalau macam tu, aku balik dulu. Esok aku datang lagi.” Harumi
meminta diri.

Sebaik sahaja tiba di rumah, dia termenung di dalam bilik. Wajah Shahrum
mengganggu fikirannya. Rupanya lelaki itu adalah lelaki yang disukai
sejak dulu lagi. Malunya.

Harumi menuju ke dapur. Dia berasa dahaga pula. Tiba-tiba dia
bagaikan ternampak bayangan Shahrum di dapur. Harumi menggelengkan
kepala seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. Dia menuju ke halaman
rumah. Ternampak Shahrum sedang bersandar di kereta sambil tersenyum ke
arahnya.

“Boleh gila aku macam ni!” Harumi masuk ke dalam rumah. Ada sofa yang
tiga tempat duduk. Rejab duduk di tempat paling hujung dan Harumi
Amni melabuhkan punggung di tempat pertama. Jadi di tengah-tengah kosong.

Sedang kushyuk Harumi menonton tv, Shahrum hadir ditengah-tengah mereka
dan memeluk bahunya. Harumi terkaku. Dia memandang arah kanannya.
Lama sekali dan tidak berkelip.

‘Betul ke apa yang aku nampak ni?’ bisik hati Harumi .

“Adik! Hoi!” panggil Rejab. Dia rasa seram sejuk melihat wajah Harumi
Amni memandangnya begitu.

“Abang!”

“Adik ni okey tak? Macam dah disampuk hantu aje.” teka Rejab.

“Hantu puaka...” Harumi berkata lalu menuju ke biliknya. Saat dia
mahu melelapkan mata, lagi sekali bayangan Shahrum mengganggu lenanya.

“Gila! Aku nak gila!” geram Harumi . Di mana dia berada, pasti
bayangan Shahrum ada. Hidup dia tidak tenang di buatnya.

‘Esok akan aku buat perhitungan habis-habisan dengan kau, Shahrum .’ Rancang
Harumi .

Keesokan harinya, Harumi berjumpa dengan Shahrum . Mereka berbincang di
beranda rumah Shahrum .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience