BAB 3

Romance Completed 493

“Tengok tu. Dia tak sedar lagi yang dia tu salah,” kata ayah pula. “Bro,
tolong aku bro...” ayah buat gaya rock gitu. “Ada ke minta tolong dengan
orang macam tu. Ish, mana la kamu belajar ni hah? Ayah tak ajar tu semua.”

“Memang ayah tak pernah ajar la saya minta tolong macam tu.” Jawab Harumi
Amni.

“Tengok la tu Rejab . Adik kamu ni makin kuat menjawab!” geram ayah dan
terus berlalu.

Sebaik sahaja kaki Harumi sembuh, dia terus ke tempat yang dia rebah.
Dia masih ingat lagi lelaki itu memakai apron sambil membimbit dua beg
plastik. Shahrum itu seperti bekerja di sebuah restoran.

Harumi mengambil keputusan untuk mencari kedai makan berhampiran
kawasan itu. Akhirnya dia jumpa juga lelaki itu.

“Bro...” tegur Harumi yang ketika itu sedang memakai topi, baju
t-shirt putih, berseluar jeans hitam dan berkasut biasa.

“Minah ni lagi...” Shahrum mengeluh. Ketika itu Shahrum sedang jaga kaunter
bayaran segera bergerak ke bahagian dapur tetapi dihalang oleh Harumi .

“Bro mahu ke mana? Kita ada banyak soalan ni.”

“Soalan apa?”

“Di manakah stiletto aku?” Harumi terus bertanya.

“Di kedai...”

“Maksud kau?” hati Harumi berdebar. ‘Adakah dia jual?’

“Aku dah jual.” Selamba sahaja Shahrum berkata.

Harumi yang mendengarnya terus terduduk dan mengalir air mata. Dia
benar-benar sedih. ‘Tak dapat diselamatkan lagi.’

Sedang Harumi syok menangis ada seseorang menegurnya.

“Harumi kan?” tegur Ayumi .

“Mai...” Dia terkejut dengan kehadiran sahabat lamanya di sekolah
menengah dulu.

“Harumi , kenapa kau nangis ni? Abang aku buli kau.”

“Mamat ni abang kau ke?”

“Yalah. Abang Shahrum , inilah Harumi yang...” belum sempat Ayumi habiskan
ayatnya, Shahrum pantas menekup mulut adiknya itu.

“Apa kena dengan abang ni?” marah Ayumi .

“Diamlah!” marah Shahrum .

“Patutnya kita yang marah tapi dimarahi pula.” Kata Ayumi . “Sudahlah.
Jom kita borak kat atas.”

“Atas mana? Atas awan?” loyar buruk Harumi .

“Kau ni kan... Tingkat atas la. Kat atas tu rumah aku. Bawah ni kedai
keluarga aku. Ada faham?” jelas Ayumi .

Mereka berdua bergerak ke tingkat atas.

“Kau duduk dulu. Aku buatkan air. Lepas tu baru borak-borak.” Jemput
Ayumi dan terus menghilang ke dapur.

Harumi mendapat idea. ‘Mesti lelaki tu ada simpan dalam bilik dia.
Baik aku terjah.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience