BAB 1

Romance Completed 493

Harumi melarikan diri. ‘Harap-harap dia tak dapat kejar aku,’ Harumi
ketawa sendirian. Dia memeluk sepasang stiletto berwarna
merah cili . Sungguh cantik kasut ini pada pendapat Harumi .

Harumi bersandar di dinding bangunan. Tiada sesiapa yang lalu lalang
di kawasan tersebut.

Perlahan-lahan kakinya menyarung stiletto tersebut. Dia makin
berani. Senyuman di bibir terasa manis kerana terlalu gembira dapat
menyarungkan kasut tersebut.

Harumi berjalan dengan penuh berhati-hati tetapi malang itu tidak
berbau, dia terjatuh di hadapan seorang lelaki yang sememangnya
kebetulan lalu di situ.

“Aduh!” Harumi mengaduh. Kakinya terseliuh. Dia mendongak memandang
lelaki itu. ‘Bukannya nak tolong aku. Tengok je ke?’

“ Shahrum !” seorang gadis menjerit dari jauh.

“Kejap! Kau pergi dulu. Nanti aku datang.” Jerit Shahrum . Gadis itu terus
berlalu pergi.

Shahrum duduk mencangkung di depan Harumi .

“Kau okey?”

“Bro, apa barang tanya aku okey? Kau buta ke, tak nampak aku tengah
sakit ni?” Kasar Harumi .

‘Gangsternya minah ni... Aku tanya elok-elok tu, jadi jawab la elok-elok
juga.’ Geram Shahrum

“Aku memang buta.” Balas Shahrum . Rasa malas pula mahu melayan perempuan
sombong seperti itu.

Harumi geram apabila melihat Shahrum selamba berjalan meninggalkannya.

“Lelaki bernama Shahrum tu!” jerit Harumi .

Langkah Shahrum terhenti. Dia berpaling.

“Apa dia wahai perempuan gangster tapi pakai stiletto ?” tanya
Shahrum . ‘Sah-sah tak padan.’

“Bro, jangan perli aku. Sekarang ni boleh tak bro tolong adik manis
macam aku ni bangun.” Pinta Harumi .

“Bro... Bro...” bosan Shahrum dengan perkataan tersebut. “Panggil aku Shahrum
cukup. Tak payah bro... bro...” kata Shahrum .

“Aku dah biasa panggil lelaki tak dikenali macam tu. Cepatlah bangunkan
aku ni.” Arah Harumi .

“Lelaki dan perempuan mana boleh bersentuhan. Tuhan marah nanti.” Shahrum
mula mahu memberi ceramah. “Kau tak tahu ke?” tambahnya lagi.

“Aku tahu tapi tak kan aku nak duduk sini macam pengemis. Lainlah kalau
ada perempuan kat sini.” Harumi mula membebel.

“Kejap aku cari perempuan untuk kau.” Shahrum melangkah setapak.

“Tak payahlah! Cepatlah! Lagi pun berlapik ni. Ish kau ni banyak juga
songehnya.” Marah Harumi .

“Dia yang minta tolong, kita pula yang kena marah.” Bebel Shahrum . Dia
mencengkam lengan kanan Harumi dan menariknya supaya berdiri.

“Aduh! Aduh! Perlahan la sikit.”

“Aku ada kerja nak buat. Bukannya nak kena layan kau. Dah puas hati
dapat berdiri?” sindir Shahrum .

“Kejap la, bro!” panggil Harumi .

“Aku cium gak minah ni! Kau memang degil sejak kecil ye? Panggil aku
Shahrum ...” Shahrum mula geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience