BAB 8

Family Completed 8741

Afiyah merenung tanah merah itu dengan mata yang sembab.

Terasa bahunya ditepuk perlahan, Afiyah menoleh ke belakang. Terlihat, Hazmi dengan baju melayu hitamnya.

“Fiyah kena redha dengan semua ni. Semua yang kita ada adalah hak Allah dan itu hanya pinjaman. Apabila masanya semua akan ditarik balik. Macam tulah Firdaus. Afiyah dapat merasa hidup bersama Firdaus selama 6 tahun. Cukup beruntung berbanding abang yang hanya dapat bersamanya selama sebulan. Namun itu dah mampu buat abang bernafas lega. Terasa kurang beban dosa yang abang galas selama ni...”

“Fiyah redha bang sebab Fiyah tahu... Firdaus memang ditakdirkan untuk syurga-Nya. Dia dilahirkan untuk jannah-Nya. Firdaus, anak Afiyah adalah anak syurga! Fiyah tak pernah salahkan Rita. Ini semua sudah ditakdirkan... Dan Afiyah sangat-sangat berterima kasih dengan abang kerana membahagiakan anak Afiyah... ” kata-kata Afiyah dipotong Hazmi.

“Anak kita! Anak kita Afiyah!”

“Ya... anak kita. Jikalau Afiyah tahu Firdaus akan sebahagia itu bila mengenali abang pasti Afiyah akan ketemukan dia dengan abang.”

“Maafkan abang. Abang terlalu bodoh untuk menghargai anugerah Allah yang tak ternilai ini. Tapi ini semua sudah suratan-Nya.”Hazmi mengusap kayu yang dipacak di tanah merah itu.

“Tak apalah abang. Terima kasih kerana sudi menguruskan Firdaus bersama-sama Afiyah.” Ujar Afiyah menahan sebak.

“Kebahagian abang dapat mencurahkan bakti terhadap anak kita. Jom.” Ajak Hazmi. Dia mula melangkah. Berat hati mahu meninggalkan si anak yang sudah dikambus tanah merah.

“Selamat tinggal anak mama. Mama tahu Firdaus sedang menunggu mama dengan senyuman di syurga-Nya. Selamat tinggal anak syurgaku, menari-narilah di taman syurga Allah, doakan agar mama dapat bertemu mu semula di sana kelak ya.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience