BAB 7

Family Completed 8741

“Assalamualaikum Fiyah! Firdaus! Firdaus!” Rita terhenti-henti percakapannya. Afiyah sudah panik. Kenapa dengan anaknya? Ya Allah lindungilah anakku!

“Fiyah kau.. kau datang cepat ke hospital sekarang!” kata Rita mula menyedarkan Afiyah. Beg dikemas. Cuti kecemasan diambil. Sepanjang perjalanan mulutnya tidak putus-putus bertasbih kepada yang maha Esa.

“Rita macam mana anak aku?”tanya Afiyah dengan linangan air mata. Ya Allah janganlah Kau tarik anugerah yang Kau telah berikan kepadaku!

“Dia.. dia..” Rita tak mampu berkata-kata. Dia sendiri masih tekejut dengan apa yang berlaku. Baju yang berkelumuran darah dipandang dengan mata yang kabur dek air mata. Baru sebentar tadi Firdaus bermain di depan matanya. Kini kerana kecuaiannya tidak menutup pagar... Firdaus sedang bertarung nyawa di dalam bilik itu!

“Rita cakap la! Macam mana anak aku...” Afiyah memukul bahu temannya itu. Pilu. Hatinya sedih dengan kejadian ini.

Bahu Afiyah ditarik. Afiyah di bawa menjauhi Rita yang masih terkejut.

“Abang! Apa yang abang buat dekat sini?” tanya Afiyah yang terkejut dengan kemunculan tiba-tiba bekas suaminya itu.

“Dia.. dia yang selamatkan Firdaus...” mendatar suara Rita memberitahu. Ya jika tiada Hazmi mungkin... mungkin Firdaus mati ditempat kejadian.

“Abang... anak kita bang! Anak kita!” air mata semakin tidak mampu dikawal. Tubuh Afiyah melorot melihat darah yang turut terpalit dibaju Hazmi.

“Sabar... ya.. anak kita. Kita doakan untuk anak kita ya...” tangan Afiyah dipimpin ke surau hospital. Saat ini isterinya hanya memerlukan Allah S.W.T..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience