BAB 1

Family Completed 8742

Ditatapnya wajah polos dan suci murni itu dengan penuh rasa kasih yang memenuhi segenap hatinya. Siapa yang tak sedih pabila anak yang dikandung 9 bulan 10 hari dan dilahirkan dengan susah payah disahkan mengalami penyakit genetik. Ya... anak yang comel itu menghidapi penyakit yang dikenali sebagai ‘down syndrome’.

Kebolehupayaan penglihatan dan pertuturan si kecil terbatas. Selain itu otak mereka juga berlainan dengan manusia yang normal. Namun, Afiyah redha dengan ketentuan lllahi.

Bukan semua orang dapat melalui ujian yang begitu indah ini. Walau perit, namun entah mengapa hatinya menerima dengan hati terbuka, barangkali ituah magisnya naluri keibuan.

“Abang... abang tak nak azankan anak kita?” tanya Afiyah yang tersenyum melihat anaknya itu. Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T.. Hazmi melihat wajah isterinya dengan pandangan menjelikkan.

“Anak kita? Huh! Itu bukan anak aku! Dia anak kau! Keturunan aku tak pernah ada yang cacat!” kata-kata Hazmi bagai guruh membelah bumi. Afiyah hanya mampu tersenyum kelat.

“Apa yang abang cakap ni? Anak nikan anak kita. Tanda cinta kita...”kata-kata Afiyah dipotong lancang oleh Hazmi.

“Apa?! Tanda cinta? Tak ada maknanya! Aku jijik dengan budak ni! Nanti dia dah besar... kau bayangkan rupa dia! Aku geli!” air mata Afiyah mengalir jua. ‘Ya Allah, dugaan apa lagi ini?’

“Sampai hati abang kata anak kita macam tu? Tak ingatkah abang betapa gembiranya abang dengan kehadiran anak ni? Lupa ke abang berapa lama kita tunggu kemunculan si kecil ni?”tanya Afiyah dengan suara yang perlahan. Ikutkan hati mahu sahaja dia menjerit menyatakan kejamnya suaminya itu. Tapi apa gunanya? Hanya sakit yang bakal ditanggung.

“Argh! Persetankan semua tu! Dia bukan seperti yang aku harapkan! Dia bukan anak aku! Kau... kau buang dia! Buang!”jerit Hazmi sehingga mengejutkan si kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience