BAB 4

Family Completed 8741

Dua tahun kemudian.

“Firdaus! Firdaus mana anak mama ni?” Afiyah terbongkok-bongkok mencari anaknya.

Di bawah meja tiada. Di bawah katil juga tiada... manalah anaknya menyorok.

“Ya Allah sayang! Kenapa menyorok dalam bakul kain ni! Nasib baik mama tak masuk mesin tadi! Ish.. budak ni naughty betul. Geram mama!” kata Afiyah seakan marah. Firdaus gelak mengekek. Kata-kata mamanya seakan tidak berbekas.

“Jom mandi. Busyuk dah anak mama ni! Main lagi dalam kain busuk tu...” bebel Afiyah lagi. Geram mungkin dengan celoteh mamanya, Firdaus mencubit mulut mamanya, menyuruh diam. Tergelak Afiyah dengan telatah anaknya itu.

“Ma... ma...” Firdaus menunjuk-nunjuk ke biliknya. Adalah yang dia inginkan. Afiyah menjegilkan matanya sengaja mahu mengusik.

“Ma... ma... isk... isk...” Firdaus menangis teresak-esak. Pelik Afiyah dengan tingkah anaknya itu. Banyak kerenah. Selalunya tidak begini. Namun Afiyah tidak hiraukan. Firdaus tetap dimandikan. Merengek-rengek anaknya itu.

Malam menjelma. Firdaus yang kelihatan letih dibaringkan di atas katil. Ditepuk-tepuk si kecil. Afiyah mendodoikan anaknya. Kerja yang dibawa pulang sedang menanti untuk disiapkan.

Firdaus yang tidak mahu tidur dipeluk kuat namun anak itu semakin aktif.

“Tidur mama kata!” Kata Afiyah sedikit kuat. Sekali lagi Firdaus menangis. Kali ini menangis sehingga tertidur.

Afiyah beralih ke ruang kerjanya. Kerja yang banyak meralitkan dia. Tangisan Firdaus bergema kembali, namun telinga Afiyah bagaikan tuli. Tiba-tiba bunyi sesuatu jatuh kedengaran. Agak kuat sehingga menyedarkan Afiyah dari kerjanya.

Berlari Afiyah ke arah anaknya. Firdaus diserang sawan! Afiyah panik melihat wajah anaknya yang mula membiru. Takut Firdaus menggigit lidahnya sendiri terus Afiyah meletakkan tiga jarinya ke dalam mulut si kecil.

Seperti yang dijangkakan Firdaus menggigit kuat. Mujur sahaja jarinya sempat dimasukkan. Darah mula mengalir. Berkerut-kerut dia menahan sakit. Telefon dicapai lalu nombor kecemasan di dail. Setelah memberi maklumat kepada operatorAfiyah mendukung anaknya ke atas katil kembali. Darah yang mengalir di pipi Firdaus dikesat lembut. Air mata tumpah.

“Maafkan mama, sayang!” kesakitan jarinya tidak terbanding dengan sakit dialami anak kecilnya itu. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Kenapalah dia perlu kusyuk menyiapkan kerjanya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience