BAB 2

Family Completed 8742

“Abang!!” terkejut dan sedih yang dirasakan Afiyah hanya Allah yang tahu. Tangisan si kecil memenuhi bilik itu.

“Sampai hati abang! Ni anak kita! Anak kita! Fiyah tak sanggup, bang! Ni darah daging kita!” Afiyah memeluk dan mencium anaknya yang menangis terkejut.

“Kalau kau tak sanggup buang... aku ceraikan kau. Dengar tak Fiyah?!”

“Abang! Untuk buang anak yang Afiyah tunggu selama 4 tahun ni memang tak abang! Mengandungkan dia, melahirkan dia merupakan nikmat yang tak terkata. Biar pun dia cacat, lumpuh, dah nazak sekali pun Afiyah tak kan sesekali membuang dia! Dia kurniaan Allah yang terlalu berharga untuk insan yang bergelar ibu! Dia ditakdirkan untuk Nur Afiyah!”kata Afiyah tegas.

Hazmi menarik nafas panjang. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia ambil budak cacat itu lalu dilemparkan ke tanah namun mengenangkan Afiyah yang baru lepas bersalin hatinya sedikit lembut. Tetapi untuk menerima kehadiran si cacat itu dalam hidupnya memang tidak mungkin!

“Nur Afiyah binti Zulkifli... aku... ceraikan kau dengan talak satu...” mendatar sahaja suara Hazmi mengutarakan talaknya. Sedih. Hatinya sedih terpaksa melepaskan Afiyah. Cinta. Perasaan itu masih menebal untuk wanita bernama Nur Afiyah.

Afiyah tergamam. Sedih. Memang sedih tapi untuk ditangisi hal itu tidak mungkin.

“Terima kasih abang. Halalkan makan minum Fiyah. Ampunkan Afiyah. Halalkan makan dan minum untuk anak cacat Afiyah ni. Ampunkan dia dan lupakan kami untuk selamanya.”kata Afiyah menahan rasa sakit dan pilu dihatinya ini.

Hazmi meninggalkan perkarangan hospital. Bil-bil hospital dibayar sekadar melunaskan tanggungjawabnya yang terakhir sebagai suami kepada Afiyah.

Afiyah mengusap pipi anaknya. Ternganga si kecil mencari sesuatu. Lalu Afiyah dekatkan dengan dadanya. Bersungguh-sungguh si kecil menghisap. Tercuit hati Afiyah. Matanya terasa panas. Sah! Air matanya mengalir lagi.

“Muhammad Firdaus, anak mama dunia akhirat. Sekarang kita hanya tinggal berdua tiada babah dalam hidup kita. Anak mama kena tabah, kena kuat untuk mama! Sayang, mama akan pastikan Firdaus tak akan merasa perlunya kehadiran seorang ayah. Cukuplah sekadar kita berdua.” Nama pintu syurga diberikan kepada si kecil. Si kecil membuka sekejap matanya seakan memahami kata si ibu. Lalu dia meneruskan lenanya pabila si ibu menepuk lembut belakang badannya.

Sekali lagi pipi mulus itu dicium. Si kecil yang lena mengeliat kecil terasa diganggu. Bauan harum dari tubuh kecil itu dihidu sepuas-puasnya oleh Afiyah. Bau dari syurga. Ya... anaknya ini anak syurga. Anak yang dijamin syurganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience