BAB 3

Family Completed 8741

Pantangnya sudah habis. Afiyah mula mencari pekerjaan. Mujur ibunya masih ada. Boleh juga tengok-tengokkan Firdaus. Genap sudah anaknya berusia 100 hari. Cukur jambul sudah dijalankan. Mujur Firdaus anak yang baik. Jarang-jarang sekali anaknya itu meragam. Bangun menyusu juga teratur bagaikan mempunyai jadual.

“Assalamualaikum. Saya dengar sini ada kerja kosong.” Kata Afiyah kepada penyambut tetamu.

“Waalaikumusalam. Ya ada. Kejap ya. Duduk dulu. Berikan resume.” Kata si penyambut tetamu yang ayu bertudung merah. Afiyah menghulurkan resume lalu mengucapkan terima kasih.

Dia melabuhkan punggung di kerusi yang memang tersedia di depan meja penyambut tetamu.

“Nur Afiyah. Awak boleh ke bilik kedua di sebelah kanan di hujung koridor sana.”tunjuknya ke kanan.

Afiyah melangkah dengan yakin. Bilik diketuk. Kedengaran arahan masuk diberi.

“Assalamualaikum.” Ujar Afiyah. Salamnya dijawab oleh seorang lelaki yang agak muda. Mungkin bakal bosnya.

Sesi temuduga berjalan dengan lancar. Afiyah menjawab dengan yakin.

“Baiklah itu sahaja. Awak diterima bekerja di sini.” Kata-kata dari encik Zaid membuat Afiyah rasa mahu melompat.

“Terima kasih ecik. Terima kasih.” Afiyah tidak henti-henti menyucapkan kata syukur. Rezeki anaknya. Setiap anak ada rezeki masing-masing. Begitu juga anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience