BAB 4

Romance Completed 12853

Shazleen terasa kepalanya agak berat tetapi digagahi juga dirinya untuk membuka mata.Dia hairan tatkala melihat papa dan mama,iaitu ibu dan ayah Harith berada disisinya.Dia juga tahu bahawa dia bukan berada dihospital tetapi dirumah mereka.Dipenjuru pintu pula kelihatan Harith yang sedang berpeluk tubuh memerhatikannya,dia merasakan ada yang tidak kena.’Aku bermimpi ke?’

“Lyn,rehat dulu ye nak.Mama dah call ibu Lyn,kejap lagi dia sampai.”Ujar Puan Sri Sarimah sambil mengusap dahi Shazleen.

“Tapi mama..”Shazleen cuba berkata tetapi mamanya memberi isyarat agar berehat.Sejak Harith membawanya menemui mereka, kedua orang tua ini menyuruh Shazleen memanggil mereka dengan panggilan yang dipanggil oleh Harith.Didunia Shazleen hanya mempunya ibu,kerana ayahnya telah meninggal sewaktu Shazleen masih kecil.Puan Aisyahlah yang berpenat-lelah membesarkan anak tunggalnya ini seorang diri.

“Kejap lagi ada polis nak soal siasat Lyn so Lyn rehat,kejap lagi mama bawakkan bubur kat Lyn.”Kata Puan Sri Sarimah,Shazleen mengangguk lemah.Matanya ditutup kembali,rasa terkejutnya masih tidak hilang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience