BAB 2

Romance Completed 12853

Shazleen memandang sayu kearah tanah merah itu,tak disangka Harith akan pergi dahulu meninggalkan dia.Kini tinggallah aku terkapai-kapai mengharungi kehidupan.

“Lyn I tak sangka Harith akan pergi dahulu,you perlu banyak bersabar.”Kata Shasha yang menepuk-nepuk bahu Shazleen lalu pergi.

Shazleen berjalan menuju kearah toyota viosnya yang dihadiahkan oleh Harith,mereka akan berkahwin lagi tiga bulan sahaja tetapi apakan daya jodoh mereka sampai disitu sahaja.Masih dia teringat akan wasiat terakhir Harith kepadanya dan juga kedua orang tua Harith agar menyatukan dia bersama Faiz,lelaki yang tidak dia kenali sedangkan dihatinya hanya bertakhta nama Emir Harith.

Sudah dua minggu Shazleen berhenti kerja,dia teringat permintaan terakhir Harith yang memintanya berhenti daripada terlibat dalam bidang peragaan sebelum mereka berkahwin.Tidak lama kemudian telefon bimbit Shazleen berbunyi,apabila diangkat tiada pula yang menjawab.Shazleen mengeluh,kemudian telefonnya berbunyi lagi menandakan ada mesej baru diterima.’Tiada lagi penghalang diantara kita berdua.Aku dan kau akan bersama,rela aku ke neraka hanya kerna kau.’Shazleen dapat merasakan peluh dingin mengalir didahinya,adakah Harith dilanggar dengan sengaja?.

“Hoi!”sergah Amani,Shazleen yang terkejut hanya megurut-ngurut dadanya.

“Kau ni spesies apa,salam tak bagi.Nasib baik aku tak de sakit jantung,kalau tak dah lama aku mati katak.”Amani yang mendengar hanya tersengih mendengar bebelan teman serumahnya.

“Eh,kawan-kawan kita semua rindu kat kau la Lyn.Diaorang suruh kau datang waktu malam fesyen amal diHotel Cantiara.Datang ek,please……”Amani merayu sambil mengelip-ngelipkan matanya membuat muka kasihan.

“Erm,okay tapi aku tak nak jadi bidan terjun kalau ada model yang tak datang.”Balas Shazleen sambil mengangkat jari telunjuk.

“Cam ni la kawan baik aku,sayang kau.”Kata Amani sambil mencium pipi Shzleen.

“Hisy,tak malu.Macam budak-budak.” Amani hanya tersengih sambil membuat muka selamba menuju ke tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience