Romance Completed 12853

Ditatapnya foto wanita di hadapannya ,Seorang wanita cantik dan terkenal sebagai sebagai seorang model. Beratur lelaki cuba mendapatkannya, namun akhirnya the best man win! Dia ketawa sejenak,sebentar lagi Shazleen akan menjadi milik aku.

“Lyn,awak ni selalu sibuk takde masa pun nak enjoy ngan saya.Bosan la hari-hari macam ni,kalau pasal duit tu saya boleh bagi sepuluh kali ganda kat awak tau sayang.” Ujar Harith sambil memegang tangan Shazleen.Suasana direstoran mewah itu yang romantik membuatkan mereka memilih tempat itu sebagai restoran kegemaran mereka.Harith antara salah seorang jutawan muda terkenal di Malaysia,kacak,bergaya dan berumur 27 tahun.

“Bee,you tahukan I tak suka semua ni.Cukup la apa yang you dah bagi kat I,rumah,kereta,duit tiap-tiap bulan.I tak nak dapat cop perempuan mata duitan,you kena la faham I bee.Bukannya I nak lari pun,kita pun dah bertunang.Lain la kalau I nak mati dulu.”Ucap Shazleen bersahaja.Kadang-kadang dia juga agak lemas dengan sikap Harith yang suka memberi itu,takut-takut suatu hari nanti dia akan lupa diri pula.

“Sayang tolong jangan cakap macam tu,you pun tahu betapa cintanya I kat you.Apa yang I bagi kat you selama ni takde apa kalau nak dibandingkan dengan cinta I pada you.”Harith memandang wajah ayu tunangnya itu,tidak dapat diganti insan ini dengan mana-mana gadis lain.

“And sebab cinta you ni la I berjanji tidak berhenti menyayangi you.”Shazleen mencuit hidung Harith.Sama-sama ketawa.Selesai sahaja menjamu selera,mereka berjalan berpegangan tangan menuju ke arah kereta Perdana milik Harith.

“Lyn,tunggu kejap.I ada benda nak beli kat you”Harith keluar dari perut kereta lalu menuju ke kedai bunga.Shazleen yang melihat dari kereta hanya tersenyum,setiap kali keluar bersama pasti Harith tidak akan lupa untuk memberi bunga kepadanya.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi,Shazleen mengeluarkannya dari beg tangan berjenama yang dibeli oleh Harith di Paris.Mesej yang baru sahaja di terima membuatkan Shazleen tergamam.’Aku akan datang sayangku,tiada siapa yang bias memisahkan kita’.Tidak lama kemudian kedengaran bunyi dentuman yang amat kuat,Shazleen keluar dari perdana milik Harith menuju kearah sekelompok manusia yang mengelilingi sesuatu.’Ya Allah,Harith’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience