BAB 3

Romance Completed 12853

Shazleen mengambil tempat disebuah meja kosong.’Nasib baik,malas aku nak duduk ngan mak-mak datin tu.Mulut mengalahkan kete kura-kura nak mampos.’Tidak beberapa lama kemudian,Shazleen merasakan ada seseorang duduk disebelahnya.Tatkala dia mengalihkan pandangannya untuk melihat siapakah gerangan tuan punya badan,bagai nak luruh jantung Shazleen melihat Harith berada ditepinya.’Takkan kat hotel pun hantu boleh ada kot’.Shazleen segera mengangkat kaki pergi dari situ,laungan Amani yang memanggil namanya langsung tidak dipedulikan.

Ketika sampai diperkarangan rumah Shazleen amat terkejut melihat pintu rumahnya terbuka,dia memberanikankan diri memasuki rumah itu tanpa menghiraukan keselamatan dirinya.Apa dah jadi ni,rumah elok je tak de pun yang hilang.Shazleen menuju ke bahagian dapur pula,elok je tak de kuntilanak pun.Tetapi ketika dia memusingkan badan seseorang telah menyentap tangannya.’Hah Shasha?’

“Apa kau nak Shasha?”Shazleen menarik lengannya dan menjauhkan diri tatkala melihat Shasha memegang sepucuk pistol.

“Hahaha,aku nak nyawa kau Lyn.”Shazleen menjadi takut melihat keadaan Shasha yang ketawa kemudian menangis pula.

“Kenapa,apa yang aku dah buat?Apa salah aku?”Shazleen tergagap-gagap menyoal Shasha.

“Kau rampas Harith dari aku.Dia milik aku,kalau aku tak dapat dia kau pun takkan dapat Harith.Dia putus tunang dengan aku sebab kau Lyn,walaupun aku dah tak suci lagi dulu dia sanggup terima aku.Tapi bila kau datang,semuanya punah.”Shasha merenung tajam kearah Shazleen.Shazleen teringat akan cerita Harith tentang dia pernah bertunang tetapi memutuskan pertunangan kerana melihat tunangnya tidur bersama lelaki lain.Shazleen tahu Harith takkan menipu,tapi tak sangka pula orangnya ialah Shasha sepupu Harith sendiri.

“Kau yang tidur dengan lelaki lain Shasha,kau yang bersalah.”Shazleen cuba melawan.

“Hey,kalau aku tak suci pun dia boleh terima takkan aku tidur dengan jantan lain pun salah.”sinis jawapan Shasha.

“Kau memang bodoh,kau dah gila Shasha.Kau tak tau nak bezakan dosa dengan pahala.”Shazleen tidak dapat mengawal perasaan,kalau dia ditakdirkan mati sekarang pun dia sanggup.

“Cakap lah apa yang kau nak cakap,yang penting kau mati sekarang Lyn.”Shasha mengacukan pistol ke arah Shazleen namun belum sempat Shasha melepaskan tembakan muncul pula Haikal,bekas kekasih Shazleen.

“Jangan kau berani tembak hak aku Shasha,Lyn milik aku.”Haikal bersuara.

“Bodoh,aku suruh kau langgar Lyn tapi kau langgar Harith.Rupa-rupanya ini sebab kau langgar Harith,sebab Lyn.Kau kata kau terlanggar Harith,tapi kau memang sengaja ya setan?”Shasha sudah menunjukkan muka bengisnya.

“Ya,sebab aku cintakan Lyn.Aku menyesal menduakan Lyn,dan sekarang aku nak hak aku kembali.Kau hanyalah alat untuk aku hapuskan Harith dan mendapatkan Lyn.”jawab Haikal dengan angkuh.

“Tak guna kau Haikal,mati kau.”Shasha mengacukan pistol kearah Haikal,namun Haikal lebih pantas lalu menendang tangan Shasha membuatkan pistol itu tercampak.Mereka bergelut,Shasha cuba mendapatkan pistol namun Haikal berjaya mengambilnya dahulu lalu menembak Shasha tepat didada sebanyak tiga kali.Shazleen yang melihat kejadian itu terus pengsan,dia dapat merasakan hidupnya akan hancur selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience