BAB 5

Romance Completed 12853

Dua minggu kemudian……

“Hye,termenung sorang-sorang.”Emir Faiz menegur Shazleen.Dia tahu bahawa Lyn gemar berada direstoran itu.Ya restoran Harith dan juga Shazleen.

“Oh,awak.Apa awak buat kat sini?Tak kerja ke?”Shazleen menyoal.

“Saya berhenti kerja.”Emir Faiz menjawab soalan Shazleen dengan selamba.

“What?Habis tu,no more gelaran Dr.Faiz.”tatkala melihat Faiz,Shazleen teringat akan Harith.

“Saya nak kerja dengan papa.Rasanya saya pulak yang perlu ambil alih syarikat papa lepas arwah abang,lagipun papa bukannya larat dah.Kesian pulak saya.”Shazleen hairan,tidakkah dia rasa satu kerugian jika meninggalkan apa yang telah dimiliki.

“Awak tak rasa menyesal ke?Penat-penat belajar medik,tiba-tiba nak jadi lain pulak.”Muka hairan Shazleen membuatkan Faiz tesenyum, cantiknya dia,tak hairanlah macam mana Harith boleh terpikat desis hati Faiz.

“Awak pun ambik business law kan,last-last jadi model jugak.”Shazleen hanya tersenyum,sekurang-kurangnya dia masih ingat siapa dia sebagai orang Melayu.Selama ini dia hanya mengambil tempat dalam memperagakan baju batik,tradisional dan juga barang perhiasan wanita.Sesekali ada juga wajahnya dikaca tv untuk iklan produk kecantikan,kesihatan dan lain-lain.Untuk memperagakan pakaian yang seksi atau trend diluar negara merupakan satu yang tidak pasti akan dia lakukan.

“Awak macam mana dengan kes saya?Hari tu awak pergi ikut polis-polis tu ke rumah Shasha dan Haikalkan?”

“Hm,rumah Shasha bersepah.Berlungguk gambar awak dan arwah kat sana,yang terkejutnya kami dapat tahu Shasha ni sedang belajar ilmu hitam.Yang Haikal pulak,semua dinding ada gambar awak.Gila.”Shazleen terkejut mendengarnya.

“Tak hairanlah kenapa saya selalu nampak benda pelik-pelik selama ni,rupa-rupanya Shasha dah lama dendam kat saya.”Faiz yang tersenyum tiba-tiba serius.

“Salah saya juga,saya yang mempermainkan Shasha sebab nak ajar dia macam mana rasa sakit hati Harith bila tahu Shasha perempuan yang macam tu.”Kali ini Shazleen pula yang mempamer riak seriusnya.

“What do you mean by that?So sebab awak permainkan Shasha,Harith terkorban.Saya tak sangka rupa-rupanya awak dibalik semua ni.”Shazleen bingkas bangun dan keluar dari restoran itu.Panggilan Faiz tidak dia hiraukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience