BAB 6

Romance Completed 12853

3 minggu kemudian.

Shazleen mengeluh setelah menerima mesej daripada Faiz memohon maaf kepadanya.

Bukan sekali dua,sudah berkali-kali pun.Kadang-kadang ada juga Faiz mengatakan bahawa dia sudah jatuh cinta pada Shazleen,gila!!desis hati Shazleen.

Shazleen meniarap diatas katilnya sambil memikirkan sesuatu,tiba-tiba Puan Aisyah muncul.

“Lyn,mama nak cakap sikit dengan Lyn ni.”Wanita tua itu tersenyum melihat anaknya.

“Kenapa ma?”Shazleen meletakkan kepalanya diatas riba Puan Aisyah.

“Mama nak Lyn fikir baik-baik,tak baik kita tak kotakan wasiat orang yang kita sayangi.Kalau Lyn tak kahwin dengan Faiz samalah dengan Lyn tak sayangkan Harith.”

“Tapi ma,Lyn tak suka dia.Lyn hanya cintakan Harith.”

“Jodoh tu di tangan tuhan nak,mama dengan ayah dulu pun ikut family.Tapi walau mama kenal ayah sekejap sahaja,mama bersyukur sangat sebab mama dapat suami yang sayang dan cinta mama.Susah mama nak terima pemergian ayah kamu,tapi mama masih bertahan sebab kamu.Semua ni pun bukannya salah Faiz,dah takdirnya nak jadi macam ni.Mama harap anak mama akan buat keputusan yang betul.”Shazleen sedikit tersentuh dengan kata-kata ibunya.Dia bingkas bangun dan mencapai beg tangannya dan kunci kereta diatas meja solek.

“Lyn nak kemana tu nak?”soal Puan Aisyah kehairanan.

“Lyn nak pergi jumpa Faiz,Lyn tak nak kehilangan buat kali ke dua.”Shazleen tersenyum lalu keluar dari bilik.

Shazleen baru sahaja selesai membersihkan dirinya,penat juga hari ini.Walau apa pun dia gembira kerana sudah menjadi Mrs.Emir Faiz.Dia keluar dari bilik air dan tersenyum melihat Emir yang sedang menonton televisyen.

“Cerita apa?”

“Ntah tengok je,tunggu Tuan Puteri turun ke bumi.Lambat betul.”Shazleen mengambil tempat ditepi Faiz.

“Sekarang bila dia dah turun awak nak buat apa?”Soal Shazleen lagi.Faiz memandang tajam kearah Shazleen,faham benar Shazleen maksud pandangan itu.Shazleen bagun lalu segera ke katil dan membungkus dirinya dengan selimut.Faiz pula menutup televisyen lalu bingkas bangun dan menarik gebar selimut tanpa mempedulikan jeritan Shazleen.Dia memeluk tubuh wanita langsing itu dan mencium pipi Shazleen dengan penuh rasa sayang.Terima kasih tuhan.

Di luar sana,angina bertiup sepoi-sepoi bahsa.Membawa sejuta kenangan duka bersama malam yang semakin tua.Menunggu munculnya si suria yang akan membuka satu buku baru untuk mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience