BAB 2

Romance Completed 4399

Aku terpaksa ke rumah Ryan bila rindu nak main bola keranjang. Kat rumah dia jer ada gelanggang tersebut. Gadis yang aku lihat tempohari ada bersama dengan Ryan. Ini kali kedua aku melihat mereka bersama. Kenapa Ryan tak pernah bagitahu aku yang dia dah ada buah hati? Kenapa dia merahsiakannya dari aku?

“Siapa tu?” aku bertanya. Gadis itu pergi sebaik sahaja aku tiba. Tanpa sempat diperkenalkan kepada aku.

“Kawan. Kawan lama.”

Aku diam sahaja. Kawan lama tapi mesra semacam jer. Ryan tak bercerita lanjut maka aku pun tak mahu bertanya lebih-lebih.

“Sham nak kahwin.”

“Tau,” balas Ryan sambil meregangkan badan.

“Pergi tak?”

“Tak tahu lagi.”

Aku diam lagi. Selalunya bila ada majlis atau keramaian, Ryan akan kata jom pergi sama. Agaknya dia berhajat untuk pergi dengan gadis tadi. Aku terasa yang Ryan semakin lama semakin jauh dari aku. Seperti dia menjarakkan hubungan kami. Aku jadi resah tiba-tiba. Kenapa?

Aku terserempak dengan Ryan di majlis perkahwinan Sham. Ingatkan dia tak datang. Tapi, dia tampak berbeza. Nampak lebih kacak dari biasa. Takkanlah tiga minggu aku tak jumpa dia, dia dah bertukar jadi Prince Charming? Wajah dia berubah bila ternampak aku. Aku lemparkan senyuman.

Tiba-tiba, seorang gadis muncul di sebelah Ryan. Oh! Aku tersentap. Rupa-rupanya dia hadir ke majlis tersebut dengan gadis tempohari. Aku jadi sakit hati tiba-tiba. Cakaplah kat aku, jadi aku tak tertanya-tanya. Aku ketap bibir geram. Namun bagaimana sakitpun hati aku ketika itu, aku tetap juga melangkah ke arahnya.

“Itu girlfriend kau ker?” terasa ada kilas cemburu dalam soalan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience