BAB 13

Romance Completed 4399

“Siapa tu, Ani?” Nenek aku dah balik dari kebun.

“Kawan Ani, nek. Fikri.”

“Inilah lelaki yang buat kau frust menonggeng sampai lari rumah nenek?” Rose, sepupu aku yang muncul dengan nenek pantas menerka.

Kantoi! Terjegil mata aku memandang wajah Rose.

“Opps!” Rose sudah tersengih-sengih dengan keterlanjuran membocorkan rahsia aku.

Aku lihat Ryan pura-pura tak mendengar. Kemudian kelihatan tergesa-gesa bersalaman dengan nenek.

“Masuklah, cu. Rumah nenek buruk jer.” pelawa nenek.

Rose sudah masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Aku dan Ryan membuntuti nenek dari belakang.

“Betulkah?” soal Ryan dengan senyuman penuh bermakna.

“Hah?” Aku pura-pura tak faham.

“Ada orang tu frust sampai lari rumah nenek?”

Aku gigit bibir. Hilang kata-kata. “Urm…pasal tu…urm.”

“Tak apa. At-least I know.”

Langkah kaki aku terhenti. Ryan pun sama.

“Maksudnya?”

“You learn to like someone when you find out what makes them laugh, but you can never truly solve someone until you find out what makes them cry.Kau fikir kenapa aku datang sini?”

“Cari aku?”

Ryan menggeleng. Sambil memandang tepat pada mata aku dia berkata syahdu. “Aku mengejar cinta aku. Aku tak mahu biar dia terlepas ke tangan orang lain. Aku mahu menjaga dia seumur hidup aku. Aku mahu dia tahu aku sangat-sangat sayang kat dia.”

Dia berhenti sejenak. Mata kami saling beradu. Dan hati aku bagai dipalu.

“Lily.. aku mahu kau tahu,” Ryan menghela nafas sebelum menyambung. “Lily.. kaulah cinta yang aku kejar itu.”

“Ryan …” Jangan buat aku menangis. Tapi, air mata aku tumpah juga.

“Ehem..ehem.. cucu-cucu nenek. Jangan buat drama kat sini.”

Argh! Kantoi, lagi sekali. Aku dan Ryan tersengih malu, lupa rupa-rupanya ada yang memerhati.

“Jadi, anak ni lah yang buat cucu nenek menangis sampai lebam-lebam mata?”

“Nenek!” Argh! Sudah, nenek pun sama. Muka aku sudah merah padam.

“Nek, kahwinkan aje mereka berdua ni nek.” Sampuk Rose sambil tergelak.

Ryan tersenyum memandang aku. Ku lihat ada kilauan sinar bahagia. Entah, kenapa tiba-tiba aku turut merasa kebahagiaan itu. Yup, betul agaknya apa yang orang kata – A bell is no bell ‘til you ring it, A song is no song ‘til you sing it, And love in your heart, wasn’t put there to stay – Love isn’t love ‘til you give it away.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience