BAB 5

Romance Completed 4399

Argh! Rupa-rupanya dia pernah melontarkan persoalan yang sama pada aku sebelum aku sendiri bertanya pada dia baru-baru ini. Kenapa aku boleh terlepas yang itu?

Lama aku bermenung teringatkan Ryan. Kali terakhir aku berbicara dengan Ryan adalah ketika bertembung dengannya di majlis perkahwinan Sham tempohari. Sudah dua tiga kali aku ke gelanggang tempat kami lepak bersama-sama dengan harapan dapat bertemu dengan Ryan tapi hampa. Dia mengelak dari aku? Sesungguhnya aku rindu!

Kenapa dia tak menghubungi aku? Betulkah dia sudah lupakan aku? Takkanlah sampai begitu sekali. Kalaupun sudah ada seseorang di sisi, sekurang-kurangnya tanyalah khabar aku. Rasa nak menangis jer masa ni. Tapi, kalau dia tidak menghubungi aku kenapa tidak aku sahaja yang menghubungi dia? Betul juga. Hmm!

Aku dail nombor telefon bimbit milik Ryan. Tidak berjawab. Aku cuba dan cuba lagi. Tapi, masih tidak berjawab hingga deringan itu mati sendiri. Serius, aku memang rasa nak menangis. Sampai hati dia buat aku begini!

Tiba-tiba telefon bimbit aku berdering. Aku perhatikan skrin. Tertera nama Ryan ! Kalau ikutkan hati aku yang sakit, memang aku tak nak angkat. Dua kali berdering, kali ketiga aku angkat.

Salam bersambut. Suara aku kedengaran sebak.

“Kau telefon tadi?”

Aku mengangguk walaupun tahu Ryan tak nampak.

“Sorry, bateri weak.” Memang suara Ryan kedengaran putus-putus.

“Oh..” jawabku.

“Datang rumah aku, boleh? Aku… aku rindu.” Suara Ryan masih tak berapa jelas.

“Apa?”

“Datang rumah? Dengar tak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience