BAB 9

Romance Completed 4399

“Kasut?”

“Roda.”

“Bola?”

“Keranjang.”

“Cinta?”

Wajah Ryan menjelma. Dahi aku berkerut seketika. Sesaat. Dua saat.“Sayang?”

“Sayang?”

Sekali lagi wajah Ryan menjelma membuatkan aku teragak-agak mahu menjawab. Aku menggelengkan kepala sambil bahu terjungkit. “Sahabat?”

“Soul-mate?”

Wajah Ryan masih tidak mahu lari. Segera aku membuka kelopak mata. Ryan tersenyum memandang aku.

“Boleh percaya ke teori tu?”

“Hanya kau yang tahu jawapan kepada soalan itu,” balas Ryan.

“Er..”

“Yang terakhir tu, tak perlu dijawab.”

Apa dia tahu apa yang bermain di fikiran aku? Seram-sejuk aku memikirkan.

Kad walimah sudah selamat dicetak. Menunggu untuk disampaikan kepada yang patut menerimanya.

“Kau akan datang tak?” senyuman Ryan sudah sampai ke telinga.

“Entahlah.” Balasku lemah. Hati di dalam bagai dicarik-carik. Kad walimah itu aku pandang sekilas. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja aku koyak-koyakkan kad tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience