BAB 6

Romance Completed 4399

“Ok.”

Klik. Telefon dimatikan.

Puan Mika, ibu Ryan yang menyambut aku di muka pintu.

“Kenapa lama tak datang?”

Aku cuma tersengih tidak menjawab.

“Ryan ada kat atas. Dia tak sihat.”

“Tak sihat?” tanya aku sedikit terkejut. Patutlah aku rasa semacam jer seminggu-dua ni.

“Pergilah naik, jenguk dia. Nanti ibu bawakan air.” Puan Mika bahasakan dirinya ibu pada aku. Dulu semasa aku masih kecil, aku pernah dihantar ke rumah mereka untuk dijaga sementara ibu-bapa aku keluar bekerja. Lama juga lebih kurang tiga-empat tahun sebelum Mak Ngah tinggal bersama kami sekeluarga. Mak Ngah lah yang menjaga aku selepas itu.

Aku baru menapak dua anak tangga ketika Ryan muncul. Mata kami bertembung seketika. Entah kenapa ada perasaan yang aneh hadir secara tiba-tiba. Aku jadi kekok tiba-tiba. Dia kelihatannya begitu juga. Mungkin, sebab kami dah lama tak berjumpa? Taklah lama sangat, tapi entah.

“Ibu, kami kat luar.” Bagitahu Ryan pada ibunya ketika menjenguk di dapur.

“Aik, Lily datang jer kamu dah sihat?” tegur Puan Mika pada anak bujangnya.

“Kenapa tak bagitahu?” aku bertanya sebaik sahaja kami duduk di meja batu yang disediakan di ruang santai yang terletak di luar rumah dua tingkat tersebut.

Ryan tidak menjawab, sebaliknya berkata. “Ingatkan kau dah tak kisah.”

Aku pandang Ryan yang kelihatan sedikit lesu. Belum sembuh sepenuhnya dari demam, kut. Rambutnya yang beralun hitam itu kelihatan serabai. Dengan jambang dan kumis tipis yang berselerak. Ryan merenung aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience