BAB 8

Romance Completed 4399

Ryan tak menjawab. “Okey, bolehlah tu. Lulus. Apa kita mulakan sekarang?”

Aku angguk. Macam tak sabar-sabar je Ryan nak mengenakan aku. Tak sihat pun ada hati nak dajalkan aku. Tak apalah, kalau ini boleh buat dia gembira aku relakan. Lagipun, dah lama kami tak usik-mengusik macam ni.

“Pejam mata.”

Aku pandang dia sekilas sebelum pejamkan mata.

“Ingat. Nama, perkara atau benda yang terlintas di fikiran, tau?” Terdengar suara Ryan.

Aku mengangguk dengan mata terpejam. Menanti perkataan yang bakal keluar dari bibir Ryan.

“Tak boleh fikir lama-lama. Terus sebut.” Wajah gadis di depan itu diamati. Sungguh dia rindukan gelak tawa dan bual mesra si gadis. Kehadiran gadis itu selalu menggembirakan dirinya.

“Lily ?”

“Ryan ?”

Lily yang sedang menopang dagu dengan mata terpejam itu direnung Ryan. Senyuman terlakar di bibir tatkala si gadis menyeru namanya. Dia pasti sangat-sangat akan perasaan Lily pada dirinya cuma gadis itu sahaja yang tidak menyedari.

Ketika itu, yang terlintas di fikiran cuma mahu menyentuh pipi Lily. Menggenggam jari- jemari milik gadis yang sudah mencuit hatinya. Kemudian berbisik tentang hati dan perasaan yang sedang bergelora minta diluahkan. Tapi, dia tidak mahu berbuat begitu sehingga gadis itu sendiri sedar yang mereka sebenarnya saling menyimpan perasaan yang sama.

“Sedia?”

Aku mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience