BAB 3

Romance Completed 1913

“Kalau Haikal nak tahu, Ayu baru dimasukkan di sini semalam. Kesian dia, Haikal. Baru berumur 20 tahun tapi dia…. Ayu dirogol, diseksa.” Cerita Puan Zabedah.

“Astaghfirullah!”

“Kesian umi melihatnya. Dari semalam, Ayu hanya diam dan menangis. Makan pun sedikit. Itu pun setelah umi pujuk dia. Allah…. Memang sadis cerita Ayu. Dirogol empat lelaki yang tiada perikemanusiaan. Manusia zaman sekarang semakin kejam, Haikal …. Ramai insan yang tidak berdosa teraniaya. Allahu Rabbi.”

“Astaghfirullah Al-azim…..” mengucap panjang Haikal mendengar cerita uminya.

Wajarlah, Ayu Raisa kelihatan menderita. Rupa-rupanya ini yang dialaminya. Difikirnya, ingatkan Ayu Raisa sama dengan penghuni lain di Rumah Annisa’, terlanjur dengan pasangan kekasih masing-masing. Malah ada yang hubungan terlarang sedarah. Allahu Rabbi…..

Haikal terkalih ke belakang namun kelibat Ayu Raisa sudah tidak kelihatan. Haikal bersandar di kerusi batu itu, berkalih memandang awan yang indah terbentuk.

Tak dapat dielak, fikirannya asyik teringatkan seraup wajah itu. Sempat dia titipkan doa untuk Ayu Raisa supaya terus tabah sebelum kedengaran azan dari surau berdekatan. Haikal bergegas ke surau untuk menunaikan solat Asar.

Dia tidak mahu melengahkan solat kerana Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". Riwayat Al-Hakim.

Haikal keluar dari keretanya dan terus menuju ke Rumah Annisa’. Apabila melalui ruang koridor, dia mula pelik kerana tiada sesiapa di situ. Keadaan di situ hanya sunyi sepi tanpa ada penghuni yang lalu. Kepala dijenguk ke taman landskap, juga tiada sesiapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience