BAB 9

Romance Completed 1913

“Umi bukan tak setuju. Tapi… Ayu tu… Haikal faham kan?”

Haikal menarik nafas dalam-dalam. Sudah diagak memang itu yang ada dalam fikiran Puan Zabedah. Tapi bagi Haikal biarlah itu menjadi urusannya dengan Allah.

Yang lebih penting baginya, dia mahu menjaga Ayu Raisa yang sudah semakin teruk keadaannya. Perkara ini telah pun diberitahu kepada Ayu Raisa seminggu yang lalu sebelum Ayu Raisa dimasukkan ke hospital.

Walaupun wanita itu berkali-kali keras menolak dan mengatanya gila, tapi syukur lama-lama pujukannya berjaya meraih persetujuan Ayu Raisa.

“Haikal faham dan Haikal tahu kalau dah nikah kemungkinan besar Haikal sendiri terdedah pada virus HIV. Tapi Haikal harap umi faham. Haikal nak jaga Ayu, umi. Tentang yang lain, jangan umi risau. Haikal sayang dia umi…. Haikal sayang Ayu Raisa.” Luah Haikal akhirnya. Dipandang mata Puan Zabedah yang berkaca-kaca dengan penuh harapan. Lama menanti dan sudahnya Puan Zabedah menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

“Nikah lah, nak. Umi restukan perkahwinan Haikal dengan Ayu.”

Akad nikah yang patut berlangsung bulan hapadan dipercepatkan gara-gara Ayu Raisa dimasukkan ke hospital semula. Kali ini keadaannya sangat teruk membuatkan Haikal mengambil keputusan untuk bernikah pada hari itu juga di hospital.

Tiada pakaian pengantin, tiada juru kamera dan tiada sebarang majlis. Dirinya hanya berpakaian baju melayu putih dan Ayu Raisa hanya memakai kain telekung yang dihadiahkan oleh Puan Zabedah.

Haikal memegang tangan tok kadi dengan kemas. Jujur katakan, hatinya berdebar-debar. Sesekali dikerling juga ke arah Ayu Raisa bersandar di kepala katil dengan pandangan yang sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience