BAB 8

Romance Completed 1913

Haikal merenung muka pintu wad yang menempatkan Ayu Raisa. Sungguh dia tidak berani untuk memberitahu berita ini semua kepada Ayu Raisa jadi dia hanya mengharapkan Puan Zabedah yang khabarkan.
Walaupun umi menangis teresak-esak ketika pengesahan Ayu Raisa sebagai pesakit AIDS, tapi uminya sendiri yang tawarkan diri untuk menguruskan semua ini.

Tidak betah di situ, perlahan-lahan Haikal bangkit mendekati pintu wad. Baru tangannya menolak sedikit pintu kedengaran tangisan Ayu Raisa.

“Apa salah Ayu umi? Kenapa penyakit kotor ini ada pada Ayu ? Umi, tolonglah…. Tolong cakap semua ini bohong. Tolong, umi. Tolong Ayu. Ayu tak nak. Ya Allah! Ya Allah!!”

Haikal tahan nafas sesaat. Tanpa sedar matanya turut bergenang air mata. Fikirnya, Ayu Raisa akan meraung dan bertindak agresif seperti dahulu tapi kini yang didengarinya dan dilihatnya adalah sebaliknya walaupun Ayu Raisa masih merintih dan menangis.

Diambil langkah untuk meninggalkan wad itu. Sekarang ini yang dia termampu hanya bersujud dan mendoakan untuk Ayu Raisa. Tapi dia akan pastikan selepas ini Ayu Raisa akan berkongsi derita itu dengannya.

“Umi benarkan?”

Wajah Puan Zabedah dipandang penuh harapan. Walaupun mungkin dia dikatakan gila, tapi dia ikhlas. Dia betul-betul yakin dengan keputusan yang diambil.

Solat istikharah sudah dibuat sejak sebulan yang lalu dan hatinya kuat untuk membuat pilihan yang tepat. Sekarang ini, hanya restu dari ibunya sahaja yang ditunggu-tunggu.

Puan Zabedah diam tak terkata. Kalau itu yang Haikal pilih, dia pun suka. Tapi ada yang menjadi penghalang dalam fikirannya. Yang itu susah untuknya bersetuju.

Kalau benar terjadi, bagaimana dengan Haikal ? Tidak kah anaknya itu terfikir tentang yang satu itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience