BAB 7

Romance Completed 1913

“Ayu !!!”

Bunyi jeritan ramai itu mengejutkan Haikal. Pantas sahaja dia berpaling dan berlari mendapatkan Ayu Raisa yang sudah jatuh terkulai. Disuruh penghuni-penghuni Rumah Annisa’ untuk memapah Ayu Raisa ke keretanya.

Ayu Raisa perlu segera di bawa ke hospital. Walaupun perkara ini sudah biasa berlaku sejak 5 bulan yang lalu, tapi kalau sudah asyik sakit dan ada perubahan ketara pada tuan punya badan, jangan sesekali diambil mudah.

Dia tidak mahu lagi mengikut kepala Ayu Raisa yang degil ke hospital.

Di ruang koridor hospital, sudah hampir setengah jam Haikal duduk bersandar di atas kerusi yang disediakan. Entah bagaimana hendak gambarkan perasaannya sekarang ini.

Sedih, kecewa dan kasihan? Semuanya bercampur aduk. Masih terngian-ngian lagi di telinganya setiap patah perkataan yang keluar dari mulut doktor yang merawat Ayu Raisa.

“Maaf saya katakan tapi ianya positif. Setelah beberapa kali kami buat ujian darah Ayu dan memang ternyata……. Ayu positif HIV. Tanda-tanda yang kita dapat tengok pun jelas ada pada Ayu.”

Pengesahan dari doktor itu memang buatkan dia terkedu. Tak dapat dia jangka kan riaksi Ayu Raisa apabila dapat tahu semua ini.

Ya Allah…. Begitu berat sekali dugaan terhadap Ayu Raisa. Seorang perempuan yang teraniaya oleh syaitan bertopengkan manusia.

Sudahnya Ayu Raisa masih tertekan dan trauman dengan kes rogol dan seksa itu. Inikan pula mahu menghabiskan sisa-sisa hidup bertemankan virus yang satu itu?

Virus HIV yang paling ditakuti dan kadar peratus untuk meneruskan hidup sangat tipis. Allahu Rabbi…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience