BAB 4

Romance Completed 1913

Pelik! Jam tangan dilihatnya. Baru menunjukkan jam 9 malam. Tak akan semua dah tidur?

Dia mengambil keputusan untuk ke bilik uminya namun baru beberapa langkah, dia terlihat akan salah seorang penghuni di Rumah Annisa’ yang berlari ke arahnya.

“Assalamualaikum, Abang Haikal !!”

“Waalaikumussalam, Nurin. Kenapa lari-lari ni? Kalut semacam saja saya tengok.” Tanya Haikal kepada Nurin.

“Abang Haikal, ada…ada…orang…ngamuk…ada…”Nurin termengah-mengah. Susah dia nak bercakap apabila nafasnya tersekat-sekat.

“Apa dia awak cakap ni? Saya tak faham. Ok-ok. Nurin, tarik nafas dulu.” Nurin mengikuti kata Haikal. Ditarik nafas dalam-dalam beberapa kali sebelum memberitahu berita yang terbantut tadi.

“Ada orang mengamuk kat Bilik Dorm Mawar. Dia nak bunuh diri! Cepat Abang Haikal !! Cepat!!”

Haikal terkejut namun apabila melihat Nurin sudah berlari ke arah bilik dorm, dia terus berlari ke sana. Selama ini, tak pernah lagi penghuni di situ ingin bunuh diri. Siapa yang buat onar ini?

Haikal tertanya-tanya tapi kakinya semakin dipercepatkan apabila terlihat pekerja-pekerja dan penghuni Rumah Annisa’ berkumpul di hadapan pintu bilik Dorm Mawar apatah lagi dia dapat mendengar pekikan seorang perempuan. Mereka yang berada di situ memberi laluan apabila terlihat akan Haikal.

“Jangan dekat!! Jangan!!”

Haikal tergamam. Terkejut melihat Ayu Raisa yang memegang pisau lipat dan mengacah ke pergelangan tangannya sendiri. Segera Haikal menghampiri Puan Zabedah dan beberapa pekerja Rumah Annisa’ yang sedang menenangkan dan memujuk Ayu Raisa.

“Haikal. Tolong umi, Haikal.” Puan Zabedah sudah mengalirkan air matanya. Hatinya tersentuh melihat Ayu Raisa yang tertekan sampai nekad ingin bunuh diri. Mujur sahaja penghuni bilik Dorm Mawar yang lain ternampak dan segera menghalang serta memberitahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience