BAB 6

Romance Completed 1913

“Umi tak tahu, Haikal …. Sedih umi tengok Ayu. Allah…”

Melihat akan Puan Zabedah menangis, Haikal memeluk uminya. Haikal tidak sangka begitu nekad sekalinya Ayu Raisa sampai sanggup cuba nak bunuh diri. Tidak dapat dia bayangka jika itu benar-benar terjadi.

Haikal tergeleng-geleng kepala. Entah kenapa hatinya tidak sanggup untuk melihat lagi derita Ayu Raisa yang ditanggung seorang diri. Cintakah? Atau hanya dasar belas kasihan sesama Islam? Haikal tidak tahu tapi hanya doa yang boleh di sampaikan.

Ya Allah, kau lindungilah hamba-Mu yang bernama Ayu Raisa. Kau kuatkanlah hatinya dalam menempuh ujian-Mu ini.

LIMABULAN BERLALU.……

“Bang, nak saya tolong?” sapa Haikal kepada Abang Man yang bekerja sebagai tukang kebun.

“Haa, kamu Haikal. Boleh juga kamu nak tolong.”

Cangkul tanah diambil dan segera Haikal membantu Abang man. Hari ini, Abang Man mahu menambahkan lagi lanskap taman bunga. Dia dan Puan Zabedah hanya mengikut apa sahaja cadangan Abang Man jika ianya baik untuk persekitaran dan udara yang nyaman.

Sedang asyik mencangkul, Haikal terpandang Ayu Raisa yang tunduk merenung ke dalam kolam ikan. Sempat juga matanya menangkap perubahan ketara pada Ayu Raisa sebelum menyambung semula kerjanya. Masakan dia tidak perasaan apabila Ayu Raisa semakin kurus, pipinya cengkung jelas kelihatan.

Teringatkan selama lima bulan Ayu Raisa berada di Rumah Annisa’, Ayu Raisa sering kali demam mengejut, batuk berterusan dan lelah setiap masa. Bukan itu sahaja, sakit kepala dan mual setiap kali makan pun turut dialami Ayu Raisa. Semuanya diberitahu oleh uminya.

Berkali-kali diajak dan dipujuk Puan Zabedah untuk buat pemeriksaan di hospital tapi setiap kali itu juga ditolak Ayu Raisa. Apatah lagi kalau Haikal memujuk, memang tidak akan dilayan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience