BAB 1

Romance Series 2533

"Ummi,akak tunggu bas tau,"terjerit Raihana di depan pintu rumah."Eh,tunggu.Bekas dah bawak ke?"tanya Umminya."Dah,Ummi jangan risau.Makanan Ummi yang lazat lagi kaw punya kaw,mana boleh akak tinggalkan,"kata Raihana,mengusik."Pandailah kamu..Dah,ummi tengok adik.Kamu hati-hati tunggu bas tu,"nasihat Umminya."Insya Allah..Lagipun,ummi jangan risau.Akak kan berani.Mewarisi tok guru silat ni,"kata Raihana sambil membuat gaya silat."Pandai....Nanti jadilah tok guru silat tu yee?"kata Umminya."No!!Taknak..Akak nak jadi Doktor,"kata Raihana."Okey,Cik Raihana.Baik anda pergi sebelum 'pesakit' anda terlepas,"kata Umminya."Yes,madam.Akak pergi sekarang.Assalammulaikum,"kata Arissa sambil mengucup tangan umminya."Waalaikummussalam..Hati-hati ye,"kata Umminya."Ye,"balas Arissa.Selangkah demi selangkah dia pergi ke hadapan stesen bas di depan rumahnya bersama kakak-kakak seniornya.Entah kenapa hatinya bagaikan tidak tenteram.Seperti ada sesuatu yang tidak kena.Setelah beberapa minit menunggu,barulah bas sekolah itu datang.Dia mengambil tempat di belakang sekali.
(1 tahun lepas..)
"Kau ni berlagak sangatlah,Raihana.Dalam sehari,tak boleh ke jaga mata sikit?"terjerit Rianna,gadis popular di sekolah itu."Oh,kau pula yang suruh aku jaga mata?Sepatutnya,suruhlah teman lelaki kau tu yang jaga mata.Dia yang pandang aku.Dan lepas tu,dia minta putus dengan kau.Kau yang tak jaga teman lelaki kau tu.Ops,maksud aku,bekas teman lelaki kan??Dahlah,malas nak fikir fasal kau!"kata Raihana di hadapan Rianna lalu pergi."Kau pergilah Raihana.Kau akan tahu apa kami akan buat,"kata Rianna.Rianna juga terkenal dengan sikap pembulinya.Ramai dalam golongan cikgu juga mengetahuinya tetapi disebabkan bapanya adalah pengetua,Tuan Rafizi di sekolah itu dan mempunyai darjat yang tinggi,ramai cikgu yang takut untuk mengambil tindakan disiplin kepadanya kerana takut dibuang kerja.Hanya mampu berdiam diri sahaja.

Raihana tiba di kantin untuk membeli barang makanan bersama dua orang rakannya iaitu Sofia dan Laila.Setelah selesai membeli laksa,dia terjatuh tersembam disebabkan tersadung di atas kaki Rianna."Hahah,tulah..Tudung tu labuh sangat.Sampai tak nampak bawah ye Ustazah..Kesian,"ejek Rianna.Ramai juga murid-murid dan makcik-makcik kantin yang melihatnya termasuklah guru-guru tetapi mereka tidak mengendahkannya.Kuah laksa itu terjatuh di atas lantai.Badannya sakit akibat jatuhannya tadi.Dia bangun dan mengambil mangkuk laksa tadi dan berkata,"Mak cik,saya minta maaf sebab jatuhkan laksa tadi.Saya tak tahulah hantu mana yang jatuhkan saya tadi.Kalau bukan hantu,mungkin orang yang bertanduk dua dibelakang tetapi memakai tudung di hadapan,"kata Raihana sambil menjeling ke arah Rianna.Rianna hanya melihatnya dengan mata yang tajam.Semua orang juga takut dan terkejut melihat Raihana berkata begitu.Tiba-tiba,"Raihana!"jerit Tuan Rafizi,pengetua di sekolah itu.Rianna hanya tersenyum dan memandang Raihana.Rianna kemudian pergi kepada ayahnya dan berkata,"Papa,dia kata Anna syaitan papa,"kata Rianna."Ikut cikgu pergi pejabat!"jerit Tuan Rafizi."Kenapa Raihana perlu ikut cikgu pergi ke pejabat?Kalau nak marah Raihana,baik cikgu marah Raihana di sini sahaja.Biar semua orang tahu apa yang cikgu marahkan sangat,"kata Raihana."Kamu ikut papa pergi pejabat sekarang!"jerit Tuan Rafizi.Raihana tersetak mendengar ayat papa yang disebutkan oleh Tuan Rafizi."Cikgu bukan papa saya!Cikgu bukan!!"jerit Raihana sambil menangis dan pergi meninggalkan kantin sekolah dengan maruahnya yang tercalar gara-gara Rianna."Raihana!"panggil Tuan Rafizi sambil menjerit dan teruskan percakapan dengan"Sambung kerja awak semua!"kata Encik Rafizi dan pergi.Rianna pula hanya terkejut mendengar yang bapanya menyebut 'papa' kepada Raihana.'Raihana anak papa ke??Aku adik atau kakak Raihana ke?Tak mungkin!'jeritnya dalam hati sambil pergi.Laila dan Sofia hanya berpandangan."Anak??Papa??"mereka berdua berkata sambil berbisik.Walaupun berbisik,didengari juga oleh Rianna dan sempat juga Rianna menjeling mereka berdua.Mereka berdua bertentang mata dengannya sambil meneguk air liur kerana takut.Lalu,cepat Rianna pergi sambil menyepak tong sampah yang berada di sebelah kantin itu."Apalah salah tong sampah tu sampai nak sepak dia??Kesian tong sampah tu,"kata Sofia,berbisik."Ish,apalah kau nih!!Dah,jom tolong makcik tu susun tong sampah tu,"kata Laila.Tiba-tiba,satu tangan menepuk bahunya.
"Woi,"kata Sofia."Hish,Fia!Nak apa??"kata Raihana."Bas sudah sampai di destinasinya Cik.Sila turun sebelum anda dibawa pergi bersama bas-basnya sekali,"kata Sofia."Oh,yeke??Tak perasanlah pula,"kata Raihana."Ha'ah,sampai aku datang tadi pun kau tak perasan juga kan?"kata Sofia."Alo,janganlah begini cik adik manis.Tidak manis pula dipandang orang nanti,"kata Raihana."Ceh,cakap lagi,sedap pula mendengarnya,"balas Sofia."Tak yah mengada ye wahai puteri lilin.Baik anda pergi sekarang sebelum anda 'mencair' di sini,"kata Raihana,mengusik."Iyelaa,"kata Sofia.Raihana hanya ketawa dan berjalan kaki ke sekolah bersama Sofia.Tidak percaya mereka sudah berada di tingkatan 2.Begitu cepat masanya berlalu."Wei,Raihana.Itukan..."kata-kata Sofia terputus."Rianna.Aku taknak nama dia disebut.Aku benci dia,"kata Raihana.Sofia yang sudah mengetahui keadaan hanya diam."Maaflah,Raihana.Aku...."kata-katanya terputus lagi."Iyelah wahai Sofia.Dah masuk tahun baru,baik kita gantikan amalan yang baharu ye..Malas aku nak fikir fasal dia,"kata Raihana.Sofia hanya mengangguk sambil tersenyum.Pada 5 minit kemudian setelah puas mencari tempat duduk yang sesuai,Raihana melihat seorang lelaki melihatnya dan senyum kepadanya.Raihana hanya mampu membalas senyumannya.'Adam,nasib baik kita jumpa lagi tahun ni,'bisik hatinya.
(Selepas kejadian 1 tahun yang lepas)
'Dia bukan bapa aku!!'kata hatinya sambil menangis.Tiba-tiba,satu sapu tangan dihulurkan kepadanya.Adam hanya mampu tersenyum kepadanya.Raihana hanya keliru.'Kenapa dia bagi aku sapu tangan?'bisik hatinya."Aku bagi sapu tangan ni untuk lapkan air mata kau tu,"kata Adam,seperti mengetahui apa yang berada di pemikiran Raihana saat ini."Takpek ah..Susah je,"kata Raihana.Tak romantik langsung!Adam dengan perasaan yang tidak berpuas hati terpaksa duduk di sebelah Raihana.Raihana hanya terdiam,terkelu,senyap seribu bahasa.'Ya Allah,kenapa dia duduk sebelah aku??Dia tak tahu hukum agama ke??'gumam hatinya,sambil perasaan yang berdebar-debar."Selagi kau tak ambil sapu tangan ni,salagi tulah aku akan duduk di sini tak kisahlah loceng dah berbunyi ataupun belum,"kata Adam,mengugut.Raihana dengan perasaan takut,diam dan kelu mengambil sapu tangan itu.Maklumlah,baru pertama kali berjumpa dengan Adam.Ramai orang kata yang mukanya seperti Harry Potter.Cuma bingkai sahaja berbentuk petak.Kalau pakai bulat,mesti sama.Masih ingat lagi ayat-ayat yang keluar daripada Sofia dan Laila.Sekarang baru boleh tengok depan-depan.Itu pun depan tandas perempuan.Haa,tak romatik lah!!Kenapalah aku menangis depan tandas??Kenapalah bukan dekat bawah pokok ke?Taman Sains ke?Ini,depan TANDAS.Hahaha,suasana yang tidak menyenangkan."Hoi,DayDream ye??Pasal siapa?Aku?"tersentak Raihana bila mendengar suara Adam.'Ish,macam tahu-tahu je,'gumam Raihana."Kau....lebih....manis...kalau kau senyum je..Kalau kau sedih,itu menunjukkan yang kau ni lemah,.I know that you are strong!"kata Adam memberi kata-kata semangat kepadanya sambil tergagap."Ooo,okey,"Raihana hanya tersenyum.'Comellah dia buat muka macam tu tadi,'bisik hatinya.Lalu,cepat-cepat dia memalingkan mukanya.'Astaghfirullah Hal'Azim,zina mata...Baik aku pergi sekarang,'gumam hatinya."Erm,aku pergi dululah.Terima kasih kepada kata-kata semangat,sapu tangan dan everything.So,bye,"kata Raihana lalu berdiri."Eh kejap,"kata Adam ingin mencelah.Dia berdiri dan pergi di hadapan Raihana."Nama kau??"tanya Adam."Perlu ke aku kena bagi tahu?"balas Raihana dengan soalan."Salah ke aku nak tahu nama kau?"Adam membalas dengan soalan lagi."Maaf,my name is secret.Jadi,harap tidak bertemu lagi,"kata Raihana lalu pergi.Adam pula hanya tersenyum melihat gelagat Raihana.'Aku harap sangat kita bertemu.Dengan izin-Nya,'bisik hatinya.

Hatinya tersentak apabila mendengar bunyi loceng yang menunjukkan waktu untuk berkumpul di dataran sekolah.'Aku daydream ke tadi??Berapa lama??Hishh,jangan cakap aku berangan depan Adam pula..Allahu!!'Sumpah dia dalam hatinya.Dia beratur di barisan tingkatan 2."Raihana,kau nak tahu sesuatu tak?"tanya Laila."Apa dia??"tanya Raihana kembali."Tadi,kau tengok dia,dia pun tengok kau dengan pandangan yang tidak berkelip,"sambung Sofia.'Aku dah agak dah,'gumam hatinya."Jadi,apa kena-mengena dengan aku?"tanya Raihana seperti tidak tahu apa-apa."Eleh,buat-buat tak tahu pula..Kan ada watak kau sekali dalam berita aku ni..Jadi,ia ada kena-mengenalah dengan kau,"kata Sofia.Laila pula hanya menunduk.Raihana melihat Laila seperti ada yang tidak kena.Laila seperti menunduk bila dia mendengar Sofia berkata tentangnya bersama Adam.Laila suka Adam ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience