Bab 8

Romance Series 2533

Raihana bangun daripada dibuai mimpi.Dia melihat Adam di hadapannya kini sambil Adam itu tersenyum.Lalu,lekas dia bangun.Dia tidur di peha Adam ke tadi?"Ya,kau tidur atas peha aku tadi.Lagu dah habis,cuma aku pasangkan lagu instrumental piano ni supaya kau boleh tidur lagi,"kata Adam.Hah,macam mana dia tahu apa yang berlaku di atas mindaku kini."Jom,balik.."kata Adam dan Raihana pun bangun.Adam menghulurkan tangannya kepada Raihana.Raihana seperti biasa,terpaksa menyambut huluran tangan yang sentiasa sejuk.Adam mengambil air paip di dalam botol itu dan menuangkan di telapak tangannya.Raihana pula hanya memerhatikannya.Lalu Adam pun menyapukan air itu di atas muka Raihana."Bagi kau semangat sikit.Takdeklah muka tu baru bangun tidur,"kata Adam."Thanks,"kata Raihana."Welcome,"kata Adam.Tiba-tiba,sekumpulan perempuan datang secara beramai-ramai yang ingin menangkap gambar bersama Adam.Dan itu,membuatkan Raihana terpinggir.Perempuan-perempuan itu menolak Raihana menjauh daripada Adam.Raihana pula pergi dari situ.Tahulah dia tu hensem,tapi orang hensem tu dah berpunya dengan aku.Ingin saja dia menjerit di situ,tapi dia masih mempunyai akal logika lagi.Adam yang tadi melihat Raihana,kini dia pergi lari daripada perempuan-perempuan itu dan memaut tangan Raihana."Pergilah tangkap gambar dengan perempuan-perempuan kat sana,"kata Raihana."Taknak!Aku nak kat sini je,dekat dengan hati kau,Raihana,"kata Adam.Kata-kata Adam membuatkan Raihana mahu cair tapi masih lagi boleh bertahan.Mahu sahaj pengsan disini.
"Kenapa perangai kau berubah??"tanya Raihana."Maksud kau??"kata Adam."Iyelah,dulu kau ego,sekarang kau macam kawan bagi aku,"kata Raihana."Hish,kau ni..Ada-ada je..Aku memang macam nilah..Cuma,perangai aku akan berubah dengan orang yang aku sayang je..Iaitu,mak aku,ayah aku,adik aku dan kau,"kata Adam."Hah?Aku?"tanya Raihana."Ya,kau.Salah ke??Kau kan memang kawan aku dari kecik lagi,"kata Adam."Maksud kau??"tanya Raihana.Itu membuatkan dia menjadi lebih keliru.Dan Adam pun meletakkan keretanya di hadapan rumahnya.Dia keluar dan masuk ke dalam rumah.Raihana hanya pelik melihat Adam berubah tadi.Dia pun menggendongkan begnya di badannya.Tiba-tiba,Adam menunjukkan album kepada Raihana."Siapa ni??Comelnya,"kata Raihana."Ouh,ini kau..Ni pula aku,"kata Adam dengan menunjukkan gambar yang lama budak-budak kecil.Raihana hanya tersenyum."Kau ni,ada-ada jee,"kata Raihana."Betullah,"kata Adam."Dah,aku nak masak,"kata Raihana."Kau reti masak ke??"tanya Adam dengan nada yang sinis."Ooo,kau pandang rendah dengan seorang perempuan yang berkaca mata hitam separuh bulat berhijab ye?"kata Raihana.Adam pula hanya tersenyum melihat telatah isterinya itu.Comell!!"Iyelah,mana tahu tak reti masak,"kata Adam.Raihana hanya menahan amarahnya.Sabar,ini lelaki amat mementingkan diri ini orang!!Haishh!Selesai dia berkata demikian,dia pergi ke dapur.Tiba-tiba,otaknya pedih.Telinganya kedengaran seperti suara kanak-kanak.Dan jantungnya berdegup laju.Itu membuatkan Raihana tersesak nafasnya.Adam yang baru turun dari tangga terlihat Raihana yabg sudah pucat mukanya.Dia bergegas pergi ke arah Raihana dan memegang Raihana dari belakang."Raihana,kenapa ni??"

"Adam........"badannya pun terjatuh di atas riba Adam.Adam pula cepat-cepat menelefon ambulans.

"Raihana,kau tahu tak?Aku rindu kau..Kau asyik terbaring je kat sini.Aku bosanlah..Sape lagi nak panggil aku pendek kat sini?Sape lagi yang nak berlakon jadi isteri aku?Hish,zirafah!!Bangunlah.."

Raihana mula membuka mata satu-persatu.Dia melihat keadaan di situ gelap dan dia lihat ada sekujur badan yang amat dikenalinya berbaring kepala di sebelahnya.Berapa lama aku tidur tadi?Eh,aku bukan tidur lah..Aku pengsan tadi..Bisik dirinya."Raihana,"Adam mula terpanggil nama Raihana."Ouh,kau dah bangun ya??Penat aku tunggu,"sambung Adam sambil mengenyehkan matanya.Raihana hanya tersenyum.Macam budak kecik!Raihana sudah berpeluk lutut di atas katil itu.Adam pula hanya memandangnya pelik."Raihana,kau kenapa??"tanya Adam."Kau tahu tak?Masa aku tengah amnesia kan,aku selalu dengar suara lelaki bercakap dengan aku..Suara tu mula-mula macam budak sampai suara dia matang.Dia bercakap dengan aku macam dia tu kawan aku.Sampai sekarang aku masih tak dapat tahu siapa dia,"kata Raihana.Adam pula hanya tersenyum melihat gelagat Raihana."Takpeklah..Janji kau ada aku kan??Biarlah sapa dia tu..Kan?"kata Adam sambil mengusap kepala Raihana.Raihana hanya kelu."Kau ni,pendek!!"kata Raihana.Adam pula terkejut dan tersenyum."Iyeke??Kau tu,zirafah!!"kata Adam.Mereka pun ketawa di situ."Aku rindu kau,Adam.."kata Raihana."Aku pun,rindu kau.."kata Adam."Kau tidur ngan aku boleh tak??"tanya Raihana.

"Aik,selalunya kau okey je kalau aku tak tidur ngan kau.."

"Hish,itu lain.Ini lain.Aku takut,"

"Takut apa?"

"Takut kehilangan kau,"kata Raihana sambil tersenyum.Adam pula sudah merah mukanya."Muka kau,merah.."kata Raihana."Macam mana kau tahu?"tanya Adam."Muka kau yang putih macam Harry Potter..Sekali pandang,dah tahu muka kau merah,"kata Raihana."Jom,"kata Raihana.Adam pun hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience